Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka bakal dibuka kepada pelancong

 MGF07062021__GENTING-HIGHLANDS-PKP7


KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mencadangkan tiga lagi destinasi yang akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata destinasi itu ialah Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka, dan cadangan itu telah diluluskan pada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 hari ini.

“Hari ini kita telah luluskan tiga destinasi lagi (Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka), ia akan dibawa ke mesyuarat sidang khas (Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19) esok,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Mesyuarat kedua itu dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan turut disertai Nancy dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Nancy berkata prosedur operasi standard (SOP) perjalanan masuk ke tiga destinasi tersebut akan diperhalusi terutama SOP masuk ke negeri Melaka, yang mempunyai kawasan liputan yang luas sambil menyatakan pemain industri di tiga destinasi berkenaan diminta bersedia menanti kedatangan pelancong.

— BERNAMA

No comments: