Hasnul dedah isu tanah 48 ekar yang dianugerahkan kepada syarikat milik pegawai khas Exco telah dibatalkan

 

Hasnul dedah isu tanah 48 ekar yang dianugerahkan kepada syarikat milik pegawai khas Exco telah dibatalkan


N08 Titi Serong

Nelayan Kuala Bagan Tiang vs Syarikat Pegawai Khas Exco

Perjuangan saya membawa suara golongan nelayan untuk menuntut hak mereka bagi mewujudkan penempatan perkampungan nelayan telah membuahkan hasil. Saya bangkitkan isu ini pada bulan Mei 2021 dan telah mendapat perhatian YAB MB Dato Saarani Mohamad dengan dibantu Dato Sham Mad Sahat SuPol Mb dan Pengarah PTG. Alhamdulillah dalam tempoh kurang 6 bulan, perkara ini telah diselesaikan seperti yang diharapkan.

Sebahagian tanah seluas 48 ekar yang sebelum ini “dianugerahkan” pajakan kepada syarikat milik pegawai khas Exco Kerajaan Negeri telah dibatalkan dan diluluskan untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).

Dengan keluasan 10 ekar tanah RPT ini boleh menempatkan hampir 80 buah rumah. Fokus saya adalah untuk membantu nelayan muda, generasi kedua yang kebanyakan mereka telah berkahwin tetapi masih menumpang rumah ibu bapa atau menyewa rumah.

Perumahan generasi kedua nelayan adalah satu isu yang sangat kritikal dan perlu ada perancangan jangka panjang bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan persekitaran yang telah dikelilingi kolam ternakan udang. Jika tidak disuarakan, saya bimbang tanah yang sediada akan terus berpindah milik kepada syarikat2 persendirian untuk dimajukan projek akuakultur.

Terima kasih kepada YAB MB, YB Dato SuPol MB, Pengarah PTG dan juga Pegawai Daerah Kerian yang cakna dengan keperluan penduduk. Tidak lupa sahabat AMK Perak yang turut membantu menyuarakan isu ini.

Nota : Pegawai khas tersebut telah ditahan reman selama 5 hari dan dijamin RM10,000 oleh pihak SPRM.

#negaraRahmah
#KhidmatKpdRakyat

Hasnul Zulkarnain Abd Munaim

Sumber | Hasnul Zulkarnain





No comments: