BETAPA KECEWANYA RAKYAT BILA RUU355 TIDAK DIBENTANGKAN SEHINGGA KINI-PEMBOHONGAN YANG NYATA

 

78 peratus orang Islam kecewa RUU355 belum dibentang – Kajian


78 peratus orang Islam kecewa RUU355 belum dibentang – Kajian


Badan penyelidik Ilham Centre mendedahkan majoriti orang Melayu Muslim iaitu sebanyak 78.3 peratus telah melahirkan rasa kecewa apabila Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 belum dibentang di Parlimen.

Menurut Ketua Penyelidik Ilham Centre Dr Mohd Yusri Ibrahim daripada kajian itu juga menunjukkan majoriti orang Melayu-Muslim iaitu sebanyak 76.4 peratus mendakwa mahkamah syariah masih gagal diperkasakan.

Beliau memberitahu, Ilham Centre baru sahaja selesai menjalankan kajian Pandangan & Sentimen Komuniti Melayu-Muslim Terhadap Agenda Reformasi Institusi Di Malaysia.

“Banyak dapatan menarik yang diperolehi daripada kajian ini, sebahagiannya telah dilaporkan oleh media masa selepas sidang media diadakan pada minggu lepas,” katanya ringkas di Facebooknya.

Untuk rekod, kajian ini dilaksanakan terhadap komuniti Melayu-Muslim di Semenanjung Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas, persampelan dijalankan secara rawak berstrata mewakili semua ciri demografi populasi.

Umum mengetahui RUU 355 adalah agenda utama yang dibawa oleh Pas sejak sekian lama bagaimanapun sehingga kini rang undang-undang itu belum dibentangkan lagi di Parlimen.


No comments: