PIHAK KERAJAAN SILAP, INGATKAN DENGAN SAIN MOU PH AKAN JADI BISU.. HAKIKATNYA TIDAK..!

 


BUKAN MACAM PAK LEBAI- DAPAT JAWATAN JADI DIAM MEMBISU.HILANG SEMUANYA YANG DULUNYA MENGKRITIK.ITU BEZANYA PARTI LEBAI DAN PH.KEADAAN INI NYATA DAN RAKYAT MELIHAT.



May be an image of text that says "Berita Harakahdaily Senar Inklusif Ada MoU atau tidak, perangai tetap sama September 15, 2021 f in"





Cuma nak tunjuk kepada mereka yang bimbang sangat dengan MoU antara PH dan kerajaan. Lihat tajuk berita Harakahdaily ni korang patut rasa lega. MoU tidak menjadikan PH bisu. MoU tidak jadikan PH sebahagian daripada kerajaan.

Ada penulis yang berkata tindakan PH tanda tangan MoU telah meretakkan pembangkang. Tapi soalan aku, sejak bila pembangkang tak retak? Sejak bila Warisan solid bersama PH? Atas nama PH+ pun, masa PRN Sabah PH telah dibuli.

Pembangkang tak pernah bersatu kerana adanya individu dalam pembangkang yang berasa iri hati terhadap DS Anwar. Dan selagi individu itu ada, MoU atau tidak, pembangkang memang retak. Tak usah nak bangkitkan MoU la...

Ceritanya sekarang, kalau nak pembangkang kukuh, semua parti pembangkang berpayung bawah PH. Dengan satu ketua. Kalau tak suka DS Anwar, lawan dalam PH dan jadi pengerusi. Bukan hasut dari luar supaya PH bergolak di dalam.

Jadi jangan bangkitkan kebersatuan pembangkang kalau menolak MoU itu kerana pembangkang tak pernah bersatu. Biarlah PH ikut cara PH. Selagi keputusan dicapai secara bersama dalam PH, teruskanlah. Orang luar, buatlah cara orang luar.

Raja Gelap