SEMUANYA SALAH ATOK 95 KERANA , MELEPASKAN JAWATAN DAN KEMUDIANNYA INGIN MENJADI SEMULA PM.PUNCANYA ATOK JUGA.

 

Dr M hantar surat kepada Agong, minta campur tangan keluhan rakyat





PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau menulis surat secara peribadi kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Isnin lalu, meminta campur tangan dalam menangani keluhan dan masalah rakyat ketika ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Agong buat masa ini belum membalas surat itu.

“Saya sendiri sudah tulis surat peribadi pada Agong untuk dia ambil campur tangan dalam selesaikan masalah rakyat. Itu pun belum dapat apa-apa jawapan dari Istana,” katanya pada sidang media melalui aplikasi Zoom selepas mengadakan mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat Penaja Pejuang.Dalam pada itu, Mahathir berkata Pejuang masih belum dapat didaftarkan lagi.

Katanya, sekiranya Pejuang ikut undang-undang, parti itu berhak diluluskan pendaftaranya.

“Kalau ia pun kerana tak nak ada parti lawan dalam pilihan raya umum (PRU) supaya parti kerajaan boleh menang, beritahu pada kita,” katanya.

Mahathir turut berkata, keadaan Covid-19 semakin serius selepas kerajaan memohon melaksanakan darurat

Katanya dengan angka kematian yang tertinggi semalam menunjukkan kes Covid-19 semakin teruk masa ini.

“Jelas sekali darurat bukan saja tidak dapat kurangkan wabak ini tetapi seolah menggalakkan wabak ini supaya lebih banyak,” katanya.

No comments: