Ceroboh ruang udara: China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya


Harits Asyraf Hasnan
Ceroboh ruang udara: China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia, sebaliknya ia merupakan rutin latihan.- Foto TUDM
KUALA LUMPUR: China hari ini mempertahan tindakannya selepas 16 pesawat tenteranya didakwa menceroboh ruang udara Malaysia.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia, sebaliknya ia merupakan rutin latihan.
[TERKINI] China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya
Jelasnya, apa yang dilakukan China adalah mematuhi undang-undang antarabangsa.
"Sewaktu latihan itu, tentera udara China patuh kepada peruntukan undang-undang antarabangsa dan tidak memasuki mana-mana ruang udara negara lain.
"China telah mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia," katanya.
Sebelum ini, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan Malaysia akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang menceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan menghampiri ruang udara nasional, pada Selasa.
Beliau menyifatkan tindakan 16 pesawat PLAAF itu sebagai 'pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia'.
Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Luar akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung pencerobohan itu.

No comments: