BILA DAH KENA BERHENTI BARU KAU NAK SEMBANG.

 

Bekas pengerusi LGM akan beri keterangan isu tanah



Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan Ahmad Nazlan Idris bahawa beliau telah mencampuri keputusan lembaga.

PETALING JAYA: Bekas pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) Ahmad Nazlan Idris telah dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan kontroversi perancangan menjual dan memajak tanah lembaga itu di Kuala Lumpur.

Difahamkan, beliau akan hadir di ibu pejabat SPRM pagi esok, namun sumber enggan mendedahkan butiran lanjut.

“Beliau tidak membuat laporan kepada SPRM, dan tiada laporan dibuat terhadapnya. Mereka memintanya datang memberi keterangan berhubung isu LGM,” kata sumber kepada FMT.

Dalam kenyataan semalam, Nazlan menegaskan telah melaksanakan tugasnya dengan penuh integriti, dan rela disoal SPRM mengenai perkara itu.

Ketika dihubungi, Nazlan mengesahkan beliau dipanggil memberi keterangan, namun tidak mengulas lanjut.

Isu penjualan dan pajakan tanah LGM itu didedahkan selepas salinan cadangan berkenaan tular di media sosial yang dinafikan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali telah diluluskan lembaga.

Ada dakwaan Khairuddin telah meluluskan pajakan dua lot tanah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur milik LGM di bawah harga pasaran.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Dis 2020 dan 6 Jan serta 11 Mac tahun ini yang didakwa berkait tanah milik LGM dan penglibatan Khairuddin dalam skandal itu.

Khairuddin sementara itu telah membuat laporan polis berhubung tuduhan berkenaan pada 28 Mei lalu, selain menghantar surat tuntutan kepada NGO yang menyiarkan dakwaan terbabit.

Ahmad Nazlan, yang juga Ahli Parlimen Jerantut, menegaskan Lembaga Pengarah LGM memandang serius isu itu dan telah membentuk tiga pasukan petugas selain mengambil langkah memperbaiki pengoperasian LGM Properties Corporation (LGMPC), iaitu perbadanan milik LGM.

Ahmad Nazlan mendakwa Khairuddin terlibat dalam isu itu, dan menafikan beliau sendiri mempunyai kaitan dengan skandal berkenaan, sebaliknya menegaskan kontraknya telah ditamatkan pada masa itu.

Tidak jelas sama ada Ahmad Nazlan diminta berhenti atau memilih berbuat demikian pada 14 April lalu, setahun sebelum kontrak dua tahunnya berakhir.

No comments: