KALAU DAH UMUM TOTAL LOCKDOWN, BUATLAH BETUL-BETUL – NAJIB INGATKAN KERAJAAN PN


 Sedarlah!

Bahawa keadaan Covid negara kita berada dalam senarai Top 10 kes baharu Covid dalam dunia sejak dua minggu lalu.

Kes baharu dan JUGA kematian baharu Malaysia dari segi saiz penduduk dicatat kita ketika ini adalah BERKALI-KALI GANDA lebih tinggi berbanding kebanyakan negara lain termasuk USA, UK, India dan negara-negara jiran.

Adakah kerajaan PN masih belum sedar bahawa sebanyak 561 nyawa telah terkorban akibat Covid dalam tempoh 7 hari lepas sahaja?


Jauh mengatasi jumlah 471 kematian bagi keseluruhan tahun 2020.

Sebab itu sekiranya sendiri umum TOTAL lockdown, buatlah betul-betul supaya frontliners, hospital dan keadaan Covid negara mendapat keredaan dalam tempoh masa paling singkat.

Biar pahit seketika daripada menanggung sakit berterusan.

Jangan berkali-kali dibuat separuh masak lagi.

Jangan sia-siakan lagi pengorbanan Rakyat.

Gelombang Covid ini sudah berterusan selama 9 bulan. Berapa lama lagi Rakyat mampu bertahan untuk lihat kesudahan?

Selagi rantaian Covid tidak diputuskan, selagi Rakyat akan terkorban, diseksa dan ekonomi negara tidak dapat pulih.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri

03 Jun 2021.

No comments: