AMK PULAI DESAK AZMIN ALI DEDAH 95,142 SYARIKAT YANG DIBENARKAN BEROPERASI SEPANJANG PKP 'TOTAL LOCKDOWN'


May be an image of text that says "l0l AMK PULAI DESAK AZMIN ALI DEDAHKAN SENARAI 95, 142 SYARIKAT YANG DIBENARKAN BEROPERASI SEPANJANG PKP PKPTOTAL LOCKDOWN"


FAEZUDDIN PUAD


1. Sepatutnya dengan pelaksanaan darurat, PKP 2.0 dan PKP 3.0, kerajaan akan berjaya menurunkan kes tapi yang berlaku sekarang ini adalah sebaliknya. Angka paling tinggi pernah direkodkan ialah 9,020 kes baharu dan kes kematian sebanyak 98 kes. Jauh lebih tinggi daripada sebelum darurat dilaksanakan.

2. Jika kes terus meningkat tidak mustahil sistem kesihatan awam negara akan runtuh. Ekonomi dan pendidikan pula mungkin sukar dipulihkan pada masa hadapan. Keadaan ini telah membuatkan majoriti rakyat Malaysia marah dan paksa kerajaan kembali melaksanakan PKP Penuh atau 'total lockdown'.

3. Orang ramai sanggup lalui situasi sedikit pahit dipotong gaji, rugi kerana tak boleh menjalankan perniagaan, tak dapat balik kampung jumpa ibuayah tercinta dan sebagainya. Sampaikan ada orang dibuang kerja apabila syarikat tempat mereka mencari rezeki terpaksa ditutup.

4. Setiap rakyat yang berkorban pasti berkongsi harapan yang sama iaitu supaya negara dapat kembali pulih seperti sebelum Covid-19 menyerang negara.

5. Namun pengorbanan dan harapan rakyat seolah-olah dipermainkan kerajaan apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan sebanyak 95,142 syarikat beroperasi sepanjang PKP total lockdown. Seramai 1.2 juta orang pekerja akan terlibat.

6. Pengumuman MITI ini mengejutkan ramai orang kerana jumlah syarikat yang dibenarkan beroperasi jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan PKP 1.0 Mac tahun lalu.

7. Lebih mengejutkan kilang arak turut dibenarkan beroperasi ketika PKP 'total lockdown', adakah minuman keras satu keperluan ketika berkurung dalam rumah? Apakah rasionalnya?

8. Kalau kilang arak yang tidak penting dan tidak perlu pun dibenarkan beroperasi, kemungkinan besar sektor ekonomi lain yang tidak termasuk dalam kategori perlu dan penting turut mendapat kebenaran.

9. Disebabkan itu, menjadi satu keperluan untuk mendesak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendedahkan serta menyenaraikan nama-nama syarikat yang dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKP total lockdown.

10. Menteri MITI wajib buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa 95,142 syarikat yang mendapat kebenaran MITI benar-benar termasuk dalam sektor perlu dan penting.

11. Biar rakyat tengok depan mata mereka, menilai sejauh mana keikhlasan kerajaan melaksanakan total lockdown.

12. Jika tidak, rakyat akan dihidangkan dengan pengumuman kemunculan Kluster Kilang atau Kluster Industri yang baharu setiap hari.

13. Sekarang, rakyat berharap kerajaan melaksanakan total lockdown yang betul-betul ketat, betul-betul tegas. Bukan PKP suku masak atau separuh masak. Bukan sekejap ketat, sekejap longgar. Bukan PKP yang sekadar dijenamakan semula. Biar adil, kalau tutup, tutup semua.

14. Dalam keadaan kritikal begini, kerajaan wajib mendahulukan kebajikan dan kesihatan rakyat. Jangan sesekali tunduk kepada tauke-tauke besar. Jangan sampai pengorbanan rakyat Malaysia dibazirkan begitu sahaja.

Sekian,

FAEZUDDIN PUAD

Ketua AMK Pulai,

Penyelaras Keadilan N47 DUN Kempas

No comments: