HAH ..NGUTUK DAN FITNAH ORANG SAJA PANDAI...TU...KAWASAN KAMU...Petani di Perak pening dakwa sayur tak terjual, apa peranan Razman pegang Exco Pertanian?JADI EXCO PENDIDIKAN PUN KELAUT..JADI EXCO PERTANIAN KELAUT...KAH.....


Petani di Perak pening dakwa sayur tak terjual, apa peranan Razman pegang Exco Pertanian?

Petani mula ‘pening’ apabila hasil pertanian khususnya sayur-sayuran di negeri ini tidak laku berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, petani mula terkesan seawal hari pertama PKP 3.0 apabila lambakan seperti timun, cili, pisang dan jagung di ladang serta kebun kecil telah berlaku.

Menurut beliau, lambakan sayur berpunca daripada pemborong yang tidak berani mengambil bekalan berlebihan daripada petani kerana mendakwa dalam tempoh PKP tidak ramai pembeli.

“Kita memang terima aduan daripada petani bahawa hasil pertanian mereka tak dapat dijual malah harga seperti timun turun sehingga 30 sen sekilogram dan keadaan ini sangat membimbangkan.

“Situasi ini akan menyebabkan petani tidak mahu menanam, begitu juga yang lain seperti nelayan tidak turun ke laut sekali gus menyebabkan bekalan makanan berkurangan.

“Bagi petani yang terkesan, kita berharap mereka dapat segera menghubungi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan kita turut bawa perkara ini ke peringkat negeri untuk menyelesaikannya agar pengusaha -pengusaha tanaman tidak terjejas teruk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau sekuriti makanan dan pemantauan harga barang di Pasar Awam Bagan Serai di sini hari ini.

Sementara itu, Razman berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesan penularan penyakit kulit kental (LSD) yang menjangkiti ternakan lembu dan kerbau di negeri ini.

Menurutnya, satu lokasi telah dikenal pasti berlaku penularan penyakit berkenaan yang menjangkiti ternakan lembu di sebuah ladang ternakan di di Simpang Pulai.

Menurutnya, pihak JPV telah menjalankan pemantauan rapi selain memantau semua ladang ternakan yang terdapat di Perak.

“Ladang itu kini di bawah kawalan JPV, sudah pasti tiada sebarang pengeluaran daging dari kawasan itu bagaimanapun di tempat lain turut diadakan pemantauan terhadap jangkitan penyakit tersebut supaya lembu-lembu yang sakit ini tidak dijual di pasaran.

“Tindakan undang-undang boleh diambil kepada pengusaha tidak bertanggungjawab menjual daging lembu ini.

“Namun penyakit LSD tidak berjangkit kepada manusia, hanya berjangkit sesama binatang ternakan,” katanya.

No comments: