Total lockdown: Kerajaan PN benar-benar gagal

 

Total lockdown: Kerajaan PN benar-benar gagal

Awalnya slogan #kerajaangagal bersifat propaganda politik atas beberapa kelemahan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri dan kabinetnya dalam mengurus negara. Itu memang kreativiti politik. Semua makhluk politik begitu. Lama-kelamaan slogan itu semakin ada kebenarannya apabila wujudkan ketidakselarasan dalam kabinet dalam menghadapi situasi getir negara.

Semalam saya seorang keluar ke pekan untuk membeli barang keperluan. Asalnya saya pergi ke pasaraya sehari sebelum total lockdown, tak jadi kerana semacam pesta pula di pasaraya. Pembelian panik. Parking penuh. Orang beratur panjang.

Di jalanraya, kenderaan macam biasa. Banyak. Hanya kedai-kedai banyak ditutup. Banyak bas ekspres tersadai di stesyen yang lengggang.

Tidak nampak total lockdown sangat.

Sudah dua minggu lebih tak jumpa mak di kampong yang hanya lebih kurang 15 km daripada rumah saya. Mak saya sangat patuh dengan arahah kerajaan. Mak saya terpaksa pendam perasaannya untuk bertemu anak dan cucunya. Bukan kerana mak saya sokong kerajaan atau takut polis saman. Ini peranan bersama kita untuk memutuskan rantaian Covid 19. Mak minta doa agar dia bersabar.

Hari ini, terbaca keluhan Menteri Kanan dan sindiran Menteri Kanan lain dalam media sosial. Parlimen tutup. Kabinetpun dah penuh dengan pinggang mangkok. Serius #gagalkerajaan ini.

Kita bakal berhadapan virus lebih bahaya daripada Covid 19. Semoga Allah SWT melindungi kita daripada syaitan jahat.

Dr Muhaimin Sulam