RAMAI ANGGAP DIA NAK BLAH..RUPANYA NAK BALIK JUMPA BINI. INGAT BERANI KA PUAK NI NAK LEPASKAN JAWATAN?

 

Saya tutup ‘pintu depan’ sebab nak pulang, kata Ismail Sabri




Muat naik Menteri Umno, Ismail Sabri Yaakob, di Facebook semalam menjadi perbualan hangat di media sosial, ekoran catatan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa hantarannya di Facebook dengan gambar beliau menutup pintu pejabatnya dengan emoticon menangis semalam hanyalah tanda beliau hendak pulang ke rumah selepas selesai tugasan harian.

“Itu sebab saya hendak pulang (sudah habis kerja), sebab itu tutup pintu,” katanya ketika menjelaskan berhubung hantaran di Facebooknya itu dalam sidang media secara maya sempena pelancaran Pembinaan Hospital Modular Covid-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Hantaran melalui Facebook itu melampirkan gambar beliau, dengan pelitup muka, menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan.

Ia menjadi perbualan hangat di media sosial, ekoran catatan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Saya dah tutup pintu depan tapi…,” kata Ismail, yang menutup catatan itu dengan emoticon menangis.