NETIZEN SERANG FB RASMI UUM. UNIVERSITI SEHARUSNYA MEMECAT PESYARAH YANG TIDAK PUNYA INTEGRITI MEMECAHBELAHKAN KAUM.AYUH RAKYAT KUASA KITA KUASA KERAMAT.

 Panas! Gara-gara Kamarul Yusoff, Facebook rasmi UUM diserang netizen

Panas! Gara-gara Kamarul Yusoff, Facebook rasmi UUM diserang netizen

Akibat terlalu berdendam dengan program kebajikan yang dilakukan kaum cina non muslim, Kamarul Yusoff, seorang pensyarah UUM telah menerima ‘hukuman tunai’ Allah swt malam tadi.

Sebelum ini, dia yang lebih dikenali dengan gelaran ‘proff kangkung” itu menuduh MP Bukit Mertajam, YB Steven Sim cuba berpura-pura berlakon baik bagi tujuan meraih populariti maya ketika menyampaikan sumbangan motosikal kepada seorang pekerja rider FoodPanda baru-baru ini.

Lebih teruk lagi, dia sehinggakan sanggup menawarkan wang tunai sebanyak RM2000 kepada netizen yang dapat mendedahkan identiti budak yang menerima sumbangan dari MP tersebut bagi tujuan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, dia mulai mengekor rapat pergerakan Steven Sim bagi meneruskan agenda jahatnya. Peluang terbaik diperolehinya ketika Steven Sim sedang berurusan menyampaikan bantuan laptop yang diusahakan bagi penduduk parlimen Bukit Mertajam untuki dikongsi bersama pelajar negeri Indera Kayangan.

Ketika Steven Sim diberi penghormatan bersama-sama Raja Muda Perlis berbasikal menyampaikan bantuan asnaf zakat sewaktu keberadaan MP dinegeri tersebut, Kamarul Yusoff tanpa berfikir panjang terus melakukan satu siri serangan berani mati melalui fbnya.

Hantaran tersebut bukan sahaja menyentuh Steven Sim, malahsecara jelas juga turut mengaitkan peribadi Raja Muda Perlis. Menyedari kesilapannya, dia bertindak pantas menurunkan hantaran tersebut.

Namun, semuanya sudah terlambat. Tanpa menyedari dirinya berada di Malaysia sekarang ini. Dunia mengiktiraf Jabatan Netizen Malaysia (JNM) antara yang terbaik melakukan kerja-kerja maya. Hantaran jeliknya menyentuh Raja Muda Perlis itu telahpun sempat dibuat tangkap layar oleh skuad khas JNM.

Melihatkan sesuatu yang buruk bakal berlaku, proff kangkung itu cuba berlaku seperti tiada apa berlaku pada awalnya. Malah siap memberi ugutan akan menyaman penama-penama yang menyiarkan tangkap layar hantaran jeliknya itu dalam hantaran fb kemudiannya.

Setelah menyedari penama-penama yang dipetik itu tidak goyang dan berani berhadapan dengannya dimahkamah, dia tiada pilihan lain terpaksa mengnyahaktifkan fb demi kemaslahatan ummah, kononnya. Ibarat pelanduk melupakan jerat, Kamarul Yusoff sangat tertekan dengan tindakannya kini.

Setelah fbnya dinyahaktifkan, proff kangkun itu berharap situasi tegang itu dapat dikendurkan seketika sebelum dia kembali mengaktifkannya semula nanti. Oh tidaklah semudah itu. Netizen punya cara lain bagi mengajar kebiadapannya itu.

Mereka berpindah pula ke fb rasmi Universiti Utara Malaysia, tempat proff kangkung itu mencari makan. Mereka melakukan serangan bertali arus dalam hantaran terbaharu UUM sempena sambutan Nuzul Quran. Pastinya serangan kemarahan netizen terhadap proff kangkun itu membhka kata pengurusan UUM bagi menilai semula kelayakan proff kangkung itu untul terus kekal di situ.

Justeru pihak UUM wajar bertindak pantas nenangani isu melibatkan kakitangannya ini. Sebarang tindakan yang dilihat menyebelahi proff kangkung itu bakal memberi.impak besar terhadap masa depan institusi pengajian tinggi awam itu. – NM