FAZLI RADZI
Penyampai berita Astro Awani, Luqman Hariz berkenaan kompaun
RM50,000 terhadap penjual burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir di Kota Bharu, dua
hari lalu dilihat menarik perhatian orang ramai.
Rata-rata warganet memuji dan meluahkan rasa puas hati dengan
ayat ‘sentap’ tersebut. Malah ada yang menyifatkan anggota polis yang
mengeluarkan kompaun tidak munasabah itu akan rasa tidak tenang sepanjang hayat
kerana berbuat zalim.
“Sekarang ini ramai yang hidup secara ala kadar. Ketika otak
yang letaknya di atas, tapi ada yang bertindak seolah-olah otak di lutut.
“Mengenakan kompaun RM50,000 pada penjaja kecil yang hanya
berniaga di kawasan kampung sendiri, usaha itu dibuat kerana ada yang
menanggung sehingga 11 sekeluarga,” kata Luqman dalam slot berita Awani 7.45.
Seorang pembaca berita wanita kemudiannya menyambung dengan
membandingkan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap selebriti jutawan, Neelofa
dan ahli keluarganya.
“Tidak seperti selebriti Neelofa, jumlah kompaun RM60,000
mungkin bukan jumlah yang besar baginya. Polis bagaimanapun tampil memberi
jaminan semua peniaga kecil itu boleh mengemukakan rayuan,” katanya.
Sedutan berita itu kemudiannya tersebar di media sosial ketika
orang ramai tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi
standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilihat berat sebelah.