Kenapa Menteri Pendidikan tak tutup terus sekolah?
Tengoklah. Sekolah sekejap buka, sekejap tutup. Bukan setakat ibu bapa, anak sekolah pun pening dan keliru. Para guru lagilah tertekan.
Tengok Menteri Undang-Undang. Sekali dia umum parlimen tutup, terus tutup. Tak ada nak main buka, tutup macam sekolah tu.
Dia tak kira dah. YDP Agong kata boleh buat sidang parlimen pun, dia hentam kata tak boleh. Nak tutup juga. Derhaka pun derhakalah.
Itu baru ketegasan. Tak mengelirukan. Kan senang begitu. Jadi rakyat pun boleh nampak dan nilaikan yang kerajaan takut bersidang.
Aku harap Menteri Pendidikan boleh belajar dari Menteri Undang-Undang bagaimana nak buat keputusan dan menjadi tegas.
Raja Gelap