AWAS, HUKUM ISLAM PERLU DIJAGA WALAUPUN DI DALAM DARURAT PANDEMIK COVID


Bulan Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan ke atas umat Islam untuk berpuasa. Di dalam menyempurnakan salah satu rukun Islam yang lima itu, satu lagi kewajipan ke atas umat Islam adalah mengeluarkan zakat/fitrah.

Namun, harus diingat, di dalam fenomena baru sekarang, dengan SOP Covid19 yang mewajibkan kita semua memakai "mask" , namun jangan sesekali kita melanggar ketetapan dan hukum Allah. Hukum Allah lebih besar dari SOP ciptaan manusia.

Ada beberapa fahaman di beberapa negara, mereka mengubah hukum Islam di waktu pandemik Covid19 atas alasan kononnya 'darurat".

Maka, keluar fatwa "Atas maslahah keselamatan dan kesihatan, dibenarkan umat Islam menggunakan "mask" (topeng muka) sewaktu membayar zakat fitrah.

Pendapat ini jelas bertentangan di samping menghina hukum Islam. Adalah tidak sah membayar zakat fitrah menggunakan "mask" dan Amil wajib menolak dan menghalau sesiapa sahaja yang menggunakan "mask". Zakat fitrah hanya boleh menggunakan beras atau duit bagi menggantikan beras. Haram gunakan

" mask" sebagai ganti beras.

Waalahu Aklam.