MUAFAKAT NASIONAL DI PAHANG BERSAMA PAS YANG JELAS MENYOKONG KERAJAAN TEBUK ATAP

 

Umno Pahang umum bersama Muafakat Nasional iaitu bersama Pas. Maka, tanda muafakat itu,pada PRU15 akan datang, Pas hanya dapat kerusi Dun yg mereka menang pada PRU14 yang lalu, iaitu 8 Kerusi sahaja. Selebihnya Umno punya.

Kerusi Parlimen pula, berapa Pas dapat di Pahang? Di Pahang, tiada satu pun Kerusi Parlimen yang diwakili oleh Pas. Maka, ikut persefahaman MN, kerusi yang Umno menang, Umno akan kekalkan. Ertinya Pas tiada kerusi Parlimen? Kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota mungkin Pas ada harapan untuk letak calon mereka. Tetapi, apakah Umno atau MCA mudah untuk berikan kepada Pas? Nampaknya, MN di Pahang benar2 menguntungkan Umno dan Pas pula terkulat2. Jadi, apa yang pemimpin Pas selalu sebut bahawa Pas akan bekerjasama dengan sesiapa pun adalah dengan syarat Pas mesti dominan, ternyata pembohong. Pas selamanya akan berada di bawah ketiak Umno.

Umno pula jangan seronok sangat apabila Pas setuju dengan persefahaman di dalam MN iaitu kerusi yang Umno menangi dulu tidak boleh disentuh oleh Pas. Umno jangan lupa, di Pahang juga ada persefahaman di antara Pas dengan Bersatu atas nama Perikatan Nasional. Pas sedang bermain dua kolam. Itu memang kepakaran Pas. Tidak mustahil, melalui PN nanti Pas dan Bersatu akan mengagihk2kan kerusi Dun dan Parlimen sesama mereka di Pahang.

Umno tegas menolak Bersatu di Pahang. Pas pula bermain dua kolam. Penyokong2 yang menjadi mangsa apabila pimpinan parti pentingkan kedudukan mereka berbanding prinsip. Percayalah, menjelang PRU15 nanti perebutan kerusi di antara Pas, Umno dan Bersatu akan menjadi hangat. Tidak masuk akal Pas sanggup melacurkan maruah mereka hanya bertanding 8 Kerusi yang telah mereka menangi. Kerusi2 di bahagian Pahang Barat yang dikuasai oleh Dap sekarang, tidak mungkin Umno atau Pas sanggup ambil untuk bertanding.

Keadilan sudah biasa bertepur dengan Umno. Kami juga biasa bertempur dengan Pas. Bersatu pula bukan lawan kami. Bersatu bakal hilang deposit di semua kerusi yang mereka bertanding di Pahang nanti. Sekali lagi Keadilan Pahang telah bersedia untuk bertempur dalam perlawanan tiga penjuru atau lebih.

Umno telah berpecah, Pas pula semakin hilang arah tuju. Muafakat Nasional di Pahang menggambarkan Umno Pahang bersubahat dengan kerajaan pusat yang menyusahka rakyat sekarang. Dalilnya? Dalilnya apabila Umno sanggup bersama Pas sedangkan Pas jelas menyokong kerajaan tebuk atap.

Rakyat Pahang yang bencikan kerajaan PN sekarang, tiada pilihan kecuali bersama Keadilan atau PH. Mereka tidak boleh lagi percaya kepada Umno kerana Umno tidak sensitif dengan kezaliman kerajaan PN sekarang apabila bersama Pas yang jelas menyokong kuat kerajaan PN. Penyokong2 Pas pula janganlah mudah diperbodohkan dengan menyokong parti yang hanya dapat 8 kerusi Dun di Pahang.

Keadilan dan PH menawarkan alternatif buat kelian.

WFAUZDIN NS

 

No comments: