Faezuddin Puad
Saja nak tanya, siasat maklumat pendaftaran kenderaan orang lain memang tugas seorang professor/pensyarah kanan ke?
Hari ini YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 terpaksa buat satu sidang media bagi menjernihkan suasana.
Bagi menjawab fitnah yang sengaja direka.
Bagi meredakan keadaan yang sedang kecoh.
Penerima motosikal yang didakwa tidak wujud, sebenarnya benar-benar wujud dan nama beliau ialah Anas Hazmi.
Motosikal yang dibeli dengan harga RM4500 juga benar.
Nama yang didaftarkan ke atas motosikal adalah nama Anas Hazmi bukan nama seorang lelaki cina seperti didakwa sang pemfitnah
Kesimpulannya, tolonglah jangan jatuhkan taraf dan imej seorang yang bergelar professor/pensyarah kanan serendah ini.
Bukanlah tugas seorang professor/pensyarah kanan risik, siasat atau timbulkan rasa sangsi dikalangan masyarakat tentang kerja kebajikan orang lain.
Semua ni kerja yang sia-sia.
Sepatutnya, seorang professor/pensyarah kanan galakkan lagi orang lain buat kerja amal.
Satu lagi, kita semua ni jangan sesekali jadi balaci kepada pedagang agama.
Wallahualam.