Kehadiran kerajaan PERIKATAN NASIONAL kini merupakan pertama kali dalam sejarah negara apabila ia bertukar menjadi pemerintah melalui langkah (syaitan) bukan Sheraton dan bukannya melalui mandat rakyat dalam pilihan raya,” tegas Mohamad, dalam ucapannya di Permatang Pauh, seperti dipetik Malaysia Dateline.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula secara sinis merujuk kepada tinjauan Merdeka Center bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat kadar sokongan 67%, yang luar biasa, buat Kerajaan PERIKATAN NASIONAL gagal sehingga Malaysia mencatat jumlah kes COVID-19 tertinggi di ASEAN dari segi per kapita, kadar vaksinasi yang rendah, berhadapan krisis ekonomi yang semakin parah dan ketidakstabilan politik setelah kehilangan majoriti Parlimen.