ORANG LAIN KALAU BUAT DIKATAKAN GILA KUASA..TAPI KALAU KENA PUAK DIA ..OWWHHH....


Image may contain: 1 person


FAEZUDDIN PUAD


1. Segerombolan politikus berkumpul di Sheraton merancang dan melakukan rampasan kuasa daripada Kerajaan PH pada hujung Februari tahun lalu - tak gila kuasa cuma selamatkan negara daripada DAP.

2. Satu per satu kerajaan negeri yang diterajui PH seperti Johor, Melaka, Kedah, Sabah dan Perak ditumbangkan PN - oh tukar kerajaan saja, tak gila kuasa.

3. Pemimpin politik yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi buat kali ketiga - dia minta 6 bulan saja, ini tak gila kuasa.

4. Seorang PM yang telah hilang majoriti dalam parlimen, langsung tiada hasrat meletakkan jawatan sebaliknya sanggup lakukan apa sahaja untuk pertahankan pembentukan kerajaan sedia ada walaupun dengan cara yang cukup kotor - tak mengapa sebab dia pandai baca doa, tak gila kuasa.

5. Tapi apabila Anwar Ibrahim utus saja surat kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong pohon ditamatkan darurat lebih awal dengan disertakan alasan-alasan yang rasional - oh Anwar Ibrahim gila kuasa! Padahal sememangnya darurat boleh ditamatkan lebih awal sebelum 1 Ogos sepertimana diberitahu oleh Bapa Perutusan Khas (BAPAK).

6. Sekiranya orang lain ada cita-cita hendak menjadi PM, itu bukan satu masalah asalkan bukan Anwar Ibrahim. Kalau Anwar Ibrahim saja gila kuasa.

7. Yang rampas kuasa daripada orang lain - tak gila kuasa. Anwar Ibrahim nak kembalikan mandat rakyat - tak boleh, gila kuasa.

8. Kes Covid-19 naik salah Anwar Ibrahim, kerajaan pohon darurat salah Anwar Ibrahim, lambat dapat vaksin salah Anwar Ibrahim, pelabur lari salah Anwar Ibrahim, semua yang berlaku salah Anwar Ibrahim? KJ tersembam muka atas jalan pun salah Anwar Ibrahim?

9. Hebatkan seorang insan bernama Anwar Ibrahim? PM gagal tapi yang dituduh gila kuasa dan salah adalah Anwar Ibrahim. Simpati saya buat beliau.

10. Jangan khuatir, InshaAllah, Allah akan bersama dengan orang yang benar. Moga terus diberikan kekuatan buat

Anwar Ibrahim

untuk terus berjuang demi rakyat Malaysia.

Wallahualam, amin.

 

No comments: