ISHHH....ZALIM NYA DAP TERHADAP RAKYAT PULAU PINANG.

 

PKP: P. Pinang lulus pakej bantuan RM20 juta



Oleh B. Suffian

Berita baik buat warga Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan pakej bantuan kewangan bernilai RM20 juta untuk menghadapi cabaran perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pakej kewangan itu bertujuan memberi bantuan kepada kumpulan-kumpulan sasar yang terkesan ekoran penguatkuasaan semula PKP.

Beliau berkata, kerajaan negeri pada tahun lalu memberikan bantuan kewangan sejumlah RM151 juta kepada banyak orang, perniagaan dan organisasi yang terjejas.

“Kerajaan negeri meminta semua pihak untuk mematuhi SOP yang ada untuk mengurangkan penularan Covid-19. 

“Kita perlu sedar bahawa berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, sehingga 13 Januari 2021, dari jumlah kumulatif 5,479 kes, 3,246 (59 peratus) adalah warganegara sementara 2,233 (41 peratus) bukan warganegara.

“Adalah jelas bahawa virus itu ada di mana-mana dan siapa saja, sama ada warga tempatan atau warga asing boleh dijangkiti.

“Sehubungan itu, kita tidak boleh leka dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi semua orang di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam semalam (Rabu) sehingga 26 Januari depan.

Enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.