POSTED BY AMIR WRLR
Peribahasa Melayu:
“Pulang paku buah keras” bermaksud memulangkan semula kata-kata atau sindiran
yang dikatakan oleh orang yang mengata-ngatanya dahulu. Biasanya digunakan
untuk menyedarkan orang tersebut supaya sedar diri. Dulu seronok mengata dan
menyindir orang lain. Sekarang bila kena atas batang hidung sendiri baru tahu
tinggi rendah duduk perkara sebenar.
Dalam dunia politik
negara kita sekarang, peribahasa tersebut sering diaplikasi dalam post-pos
politik tetapi ramai yang tak perasan.. Bagi nak mudah faham, kita bagi contoh: Dulu semasa PH
memerintah seronok mengata menteri kasut hitam.. Nah sekarang pelbagai jenis
menteri telah muncul; menteri air suam, menteri tutup twitter, menteri mewa,
menteri doraemon, menteri atas dahi, menteri duta timur tengah, menteri tik
tok, menteri kedai gunting, menteri GLC dll… Kenapa disebut-sebut nama menteri
itu dimedia sosial? Jawabnya itu hanyalah ‘pulang paku buah keras’ saja. Supaya
sahabat politik lawan sedar dan muhasabah diri… Supaya mereka dapat beza antara
realiti dan retorik politik. Jangan sedap sangat mengata orang…
Contoh lagi.. Dulu seronok mengata
kerajaan PH. Apabila berlaku kemalangan disebabkan pemandu mabuk atau LGBT atau
isu arak… Terus saja keluar kenyataan ‘Islam terancam’ di zaman PH. Menteri
agama tak buat kerja? Ini semua salah DAP…… Nah sekarang apabila kamu berkuasa
kemalangan pemandu mabuk semakin kerap berlaku. Bukan setakat pondan saja bahkan
ada pondan mabuk serang pegawai kesihatan. Pesta maksiat berlaku bahkan
berjoget sambil minum arak atas jalan. Arak terus diedarkan walaupun di musim
PKP.. Di mana suara-suara kamu dahulu yang mengatakan Islam terancam? Masih
salah DAP lagikah? Kenapa senyap? Sembunyi dalam gua? Dah jadi syaitan bisu?.
.. Itu hanya ‘pulang paku buah keras’. Lain kali jangan sedap mengatakan orang…
Namun setengah orang
dia tak faham dan sedar. Mungkin
ada kemewaannya kat situ atau jenis lurus bendul dan
sudip kayu..kah..kah..kah...
Masa zaman PH, tak henti hentii FB askar Malaysia...misalnya FB Malaysia
Defense News, Malaysia Military Power, pakat hentam pagi petang siang
malam, semetara PH sedang
menyiasat beratus juta tanah hak milik ATM dijual, helikopter pesan 3 tahun tak
muncul, disalahguna, sampai masa kini diam senyap, jangan kata nak desak beli
MRCA, LCA, senyap sampai sudah....nampak sangat la..nak troll...sekarang mana
suara tersebut?..lupa....
Lepas satu satu isu yang timbul. sekarang isu lain pula yang sering
muncul, Bab BMF, ya dulu sikit sikit BMF, sekarang diam soal BMF, kini muncul isu pembahagian ghadimah lepas
menang, Tiap menteri nak diberi pegang status GLC, kononnya nak pantau..ha.ha
lucu, zaman PH, dilantik orang -orang yang benar layak untuk mengendalikan
semua GLC yang dilihat jauh mengalami kerugian , atau didapati berlakunya
penyelewengan, Misalnya laporan Tabung Haji, sekarang, dah tak ada dah isu itu,
bukan apa...sekadar " pulang paku buah keras", sedap sangat hangpa
tibai, la ni hangpa ambik...tak mau la ulas bab solat tak kemasjid ni...sebab
dah difatwakan tak boleh ke masjid...islam terancam akibat
penyakit....owhhh..lupa bukan DAP....tak sangkut paut...