Pendekatan ‘one-size-fits-all’ KPM merugikan ibu bapa dan pelajar

 

Oleh Ghafar NS

Mantan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching hari ini melontarkan tiga soalan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

  1. Apakah perancangan terkini berkenaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPDR)?
  2. Bilakah 150,000 komputer riba yang dijanjikan dalam Belanjawan 2021 akan siap untuk pelajar?
  3. Bilakah ibu bapa dan murid boleh dapatkan buku teks untuk PdPDR?

Menurut Nie Ching, amat penting untuk semua tahu apakah perancangan terkini KPM berkenaan dengan proses PdPDR.

Menurutnya, ini kerana melihat kepada situasi sekarang, jelas bahawa pembelajaran di rumah tidak dapat dielakkan dan dijangkakan bahawa ramai pelajar akan diperintahkan untuk tidak kembali ke sekolah dalam tempoh yang panjang.

Di samping itu, kata beliau, menerusi ucapan Belanjawan 2021, dikhabarkan bahawa GLC dan GLIC akan menyumbang RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK bagi menyediakan komputer riba kepada 150,000 pelajar di 500 sekolah sebagai projek perintis.

“Oleh itu, bagi memastikan PdPDR dapat dijalankan dengan berkesan, KPM harus menjelaskan kepada ibu bapa terutama mereka dari B40 mengenai tempoh 150,000 buah komputer riba itu akan tersedia untuk diedarkan kepada para pelajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahan pula, ujarnya, KPM kini berusaha untuk memperkenalkan buku teks digital kepada ibu bapa dan anak-anak pelajar.

Namun begitu, tambahnya, menerusi tinjauan yang dibuat oleh KPM sendiri menunjukkan bahawa hampir 37 peratus pelajar daripada sejumlah 900,000 pelajar tidak memiliki alat peranti elektronik bagi menjalani PdPRD apatah lagi memuat turun buku teks digital.

Nie Ching juga berkata, bahawa beliau menghargai niat KPM memperkenalkan buku teks digital ini, namun buku teks fizikal tetap perlu disediakan sebelum sesi persekolahan bermula sepertimana ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan sebelum ini.

Ahli Parlimen Kulai itu juga menegaskan bahawa ibu bapa dan para pelajar sepatutnya diberikan pilihan untuk mendapatkan buku teks fizikal dari sekolah bagi pembelajaran di rumah.

“KPM perlu sedar bahawa pendekatan ‘one-size-fits-all’ yang tidak mengambil kira perbezaan hidup seperti jumlah pendapatan dan jurang digital di seluruh daerah dan negeri tidak bermanfaat dan tidak akan berjaya,” tegas Nie Ching.



1 comment:

Anonymous said...

Makin ramai Veveonah Mosabin akan muncul jika KPM gagal.

(function() { var d = document, w = window; w

Bicara Tokoh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim | 10 April 2021