DIN BOTOX BUAT HAL LAGI....

 

Muhyiddin disaman berhubung pengisytiharan darurat

Muhyiddin disaman berhubung pengisytiharan darurat

Bekas ahli Umno dan PPBM Khairuddin Abu Hassan memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa beliau tidak mempunyai keabasahan untuk menasihati Yang DiPertuan Agong mengisytiharkan darurat.

Dalam saman pemula difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Khairuddin mengemukakan soalan perundangan untuk dijawab mahkamah mengenai sama ada Muhyiddin, yang didakwanya telah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat, boleh menasihati Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk membuat pengisytiharan darurat.

Khairuddin berkata dalam afidavitnya, Ahli Parlimen Machang Umno, Ahmad Jazlan Yaakub menarik sokongannya terhadap Muhyiddin pada 9 Jan.

“Akibatnya, Muhyiddin cuma mempunyai sokongan 110 daripada 220 Ahli Parlimen,” katanya sambil menambah perdana menteri memerlukan sokongan minimum 111 Ahli Parlimen untuk kekal majoriti di Dewan Rakyat.

Dua kerusi Parlimen kosong susulan kematian Ahli Parlimennya, Hasbullah Osman (Gerik) dan VK Liew (Batu Sapi).

Khairuddin berkata, dua hari selepas Ahmad Jazlan menarik sokongannya (pada 12 Jan), Sultan Abdullah mengisytiharkan darurat sehingga 1 Ogos untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Istana Negara berkata Agong menemui Muhyiddin pada 11 Jan, dan Sultan Abdullah memperkenan darurat sehingga 1 Ogos atau tarikh lebih awal jika kes Covid-19 dikurangkan dan distabilkan.

“Saya ingin mengatakan perdana menteri telah kehilangan sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen, seterusnya nasihat diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pengisytiharan darurat melanggar perlembagaan.

“Saya dengan rendah diri mengikrarkan Defendan memberikan nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong adalah untuk tujuan mendapatkan proklamasi darurat hanya untuk kelangsungan politik saja, iaitu untuk terus kekal memegang jawatan perdana menteri,” katanya.

Pengkritik lantang 1MDB itu mengemukakan soalan perundangan untuk diputuskan oleh mahkamah, termasuk, pertama, sama ada cadangan mengenai pengisytiharan darurat oleh perdana menteri yang tidak mempunyai majoriti di Dewan Rakyat melanggar perlembagaan; dan sama ada penggantungan Dewan Rakyat dan Negara sehingga 1 Ogos oleh seorang perdana menteri yang tidak mempunyai sokongan majoriti adalah batal dan tidak sah.

“Saya percaya tindakan perdana menteri menggantung Parlimen adalah usaha untuk memintas dan/atau mencabuli Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Krisis keperlembagaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, apabila perdana menteri yang hilang sokongan majoriti boleh menasihati Agong untuk pengisytiharan darurat demi mengekalkan jawatannya sebagai perdana menteri,” katanya. 



No comments: