Makin ramai mangsa seksual Ustaz Budak buat laporan

 


Makin ramai mangsa seksual Ustaz Budak buat laporan

Pengurus madrasah, Syamsul Zaman Sukri, 32, sekali lagi mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan jenayah seksual di Mahkamah Majistret Machang dan Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

Di Mahkamah Majistret Machang, tertuduh yang juga dikenali sebagai ‘Ustaz Budak’ didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang bekas pelajar lelaki berusia 22 tahun pada kejadian Mei 2018 di sebuah rumah di Kampung Awah, Machang.

Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa memegang dan menggosok kemaluan mangsa.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual meraba seorang kanak-kanak dengan memegang kemaluan mangsa pada 22 Ogos 2018 kira-kira jam 10 pagi, di sebuah rumah di Kampung Awah, Machang.

Bagi pertuduhan kedua pada tarikh dan lokasi sama serta mangsa yang sama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual membuatkan seorang kanak-kanak berumur memegang kemaluannya.

Pendakwaan juga dikendalikan Hajarul Falenna di hadapan hakim Shahrul Rizal Majid mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibacakan bersama Seksyen 16 Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan bernilai RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan tarikh 28 Januari bagi serahan dokumen.

Sebagai rekod pada 21 Disember lalu, Syamsul Zaman, pendakwah bebas berstatus duda itu, turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki.




No comments: