USTAZ BABITKAN ISTANA HENTAM ANWAR

 Salam Ustaz Subri..

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Saya harap ustaz berada dalam keadaan yang sihat sejahtera..untuk makluman ustaz, saya ni seorang anak qariah Masjid Seberang Jaya yang sudah lama mengikuti ceramah ustaz..


Apabila saya menonton video terbaru kuliah ustaz di Masjid Seberang Jaya, saya agak terkejut kerana pada minit ke 34 lebih itu ustaz ada menyebut lebih kurang begini, "ADA PEMIMPIN HARI INI YANG SUKA MENIPU..SEHINGGA DALAM ISTANA PUN KALAU BOLEH NAK MENIPU LAGI..MASYA ALLAH"..


Walau ustaz tidak menyebut nama sesiapa, namun secara khusus dan secara ilmiahnya, semua orang tahu akan pada siapa ustaz tujukan ayat tersebut..sudah semestinya DS Anwar Ibrahim..ini berkaitan kerana isu perihal politik yang berlaku pada hari ini..kesempatan ini saya dengan rasa rendah diri ingin menyangkal dakwaan ustaz tersebut berbekalkan ilmu saya yang tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan ustaz..


Ustaz, pihak istana langsung tidak mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa DS Anwar Ibrahim telah menipu SPB YDP Agong kita..istilah "menipu" itu wujud hanya dikeluarkan oleh pihak seteru politik kepada DS Anwar Ibrahim..apakah ustaz boleh mengambil hujah daripada seteru politik beliau lalu dikaitkan dengan pihak istana dalam masa yang sama, tuan punya badan (pihak istana) tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saudara Anwar Ibrahim telah menipu mereka?..


Sesungguhnya tuduhan ustaz terhadap beliau menipu adalah berat dan jika tuduhan itu disangsikan oleh pihak istana, apakah ustaz bersedia untuk memohon maaf?..


Ustaz, secara peribadi DS Anwar Ibrahim dengan ustaz saling mengenali antara satu sama lain..bahkan ketika ustaz sedang sakit keuzuran, beliau datang melawat dan meluangkan masa untuk mengeratkan persaudaraan antara beliau dengan ustaz..DS Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kata-kata cacian terhadap ustaz kerana beliau mengetahui batas antara politik dengan ukhwah sesama insan..DS Anwar Ibrahim juga seorang ahli politik yang selalu meraikan peranan para pendakwah Islam di negara kita ini..namun saya terkejut kerana perbezaan aliran politik, ustaz sanggup melemparkan tuduhan sebegitu terhadap DS Anwar Ibrahim hatta di dalam masjid yakni di rumah Allah..


Ustaz Subri yang saya hormati..saya teringat akan satu ceramah Almarhum Ustaz Ismail Kamus akan tauladan yang kita boleh perolehi daripada kisah Imam As Syafie Rahimamullah :-


Pada suatu hari Imam Syafie sedang menunggang unta..lalu datang seorang pemuda dan menahan beliau di pertengahan jalan..pemuda itu pun bertanya, "berapakah bilangan kaki unta yang tuan sedang tunggang ini?"..

Lalu segera turun Imam Syafie dari unta tersebut dan terus mengira bilangan kaki unta itu..selesai mengira, Imam Syafie terus menjawab "unta ini ada 4 kaki"..dengan rasa hairan, pemuda itu bertanya, "mengapa tuan mengira kaki unta ini?..bukankah memang unta mempunyai 4 kaki?"..lalu lantas Imam Syafie pun menjawab, "saya terpaksa kira kerana bimbang ketika dalam perjalanan tadi, kaki unta ini ada yang hilang"..


Begitu la sifat yang penuh berhati-hati oleh pendakwah Islam ketika hendak mengeluarkan hujah dan kata-kata..perlu yakin dan dipastikan dahulu akan kesahihannya sebelum dituturkan kepada umum..


Ustaz, jika ustaz masih keliru atau tidak mengerti akan hujah "PEMIMPIN HARI INI SUKA MENIPU", saya ada contoh sesuai yang ustaz boleh pertimbangkan..contohnya ialah pemimpin itu sebelum mendapat kuasa beliau berkata, "APA GUNA JIKA KITA MEMERINTAH, TETAPI TIDAK MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM..JIKA KITA MEMERINTAH, HUDUD PASTI AKAN DILAKSANAKAN DI NEGARA INI"..

Namun, apabila sudah mendapat kuasa, pemimpin itu berkata "UNDANG-UNDANG ISLAM SUKAR DILAKSANAKAN DI NEGARA INI..RUU355 BUKAN MENJADI KEUTAMAAN KERAJAAN PADA MASA KINI"..itulah contoh sebenar pemimpin yang menipu wahai Ustaz Subri yang saya kasihi..


Akhir kata daripada saya, jika ustaz ada tersinggung akan hujah saya di atas, saya mohon maaf..namun, saya terpaksa menyatakan juga kerana saya ingin menegakkan antara yang haq dan bathil.


Semoga Allah SWT memberi kesihatan yang baik kepada ustaz dan memberi rahmat kepada kita semua, Amiin ya rabbal’alamin ( آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ )


F. AFIQ

Anak qariah Masjid Seberang Jaya..



No comments: