“…HARAPKAN AZMIN, AZMIN KHIANAT JANJI”

 

Image may contain: 4 people, text


Lantikan Azmin Ali sebagai Menteri Terkanan dalam kerajaan Muhyiddin Yassin merupakan salah satu punca yang menimbulkan ketidakpuasan hati khususnya dalam kalangan pemimpin UMNO sehingga menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional hari ni bergolak dan menunggu masa untuk runtuh.

Apabila diimbas kembali Langkah Sheraton pada Februari lalu, Sdr Prasanth berpendapat ia adalah satu percaturan yang melibatkan Azmin Ali dengan hasrat utama untuk menghalang Dato Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri. Malah, sebelum ini juga Azmin Ali pernah melakukan perkara yang sama apabila beliau menggunakan pelbagai muslihat bagi menyekat Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada diangkat menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2014.

Apabila PAS dan UMNO bersepakat untuk mendaftarkan Muafakat Nasional tanpa BERSATU, moderator sdr Adzman membangkitkan persoalan kemungkinan Muhyiddin Yassin telah tersalah langkah untuk memberikan kepercayaan dan membawa masuk Azmin Ali ke dalam BERSATU.

Menurut sdri Tyra, Muhyiddin Yassin mengambil satu langkah yang berisiko disebabkan watak Azmin Ali yang diibaratkan gunting dalam lipatan terutamanya sewaktu berada dalam KEADILAN dan Pakatan Harapan. Ada juga yang berpandangan Azmin Ali turut mengkhianati Tun Mahathir sepanjang percaturan Langkah Sheraton dengan mengangkat Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Dengan pergolakan yang sedang berlaku, kini Azmin Ali pula cuba untuk menaikkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.

Sdr Syed Shah pula menegaskan Azmin Ali telah mencetuskan ketegangan dan ketidaktentuan dalam politik negara. Beliau juga telah membangkitkan amarah rakyat terhadap ahli-ahli politik yang kini dianggap gila kuasa dan tidak boleh dipercayai disebabkan percaturannya yang sentiasa cuba untuk meraih sokongan dan mengekalkan kuasa melalui sogokan wang dan jawatan.

Beliau menambah kejayaan Azmin Ali sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor hanyalah sekadar mencipta propaganda dan persepsi melalui permainan politil populis dan propagandisnya. Sepanjang menjadi MB Selangor, Azmin Ali hanya meneruskan kelangsungan (idea) kerajaan sebelum itu.

Keadaan ini tidak jauh beza apabila Azmin Ali memegang portfolio sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebelum ini. Hal ini kerana sepanjang tempoh tersebut beliau hanya mampu berperanan untuk menggerakkan sebuah propaganda seperti Wawasan Kemakmuran Bersama bertujuan untuk mempamerkan dirinya sebagai ‘the next leadership’, dengan berkempen di seluruh kementerian dan juga negeri.

Kini memegang Menteri Terkanan Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali dilihat gagal mengurus pandemik COVID-19 dengan baik khususnya berkaitan dengan operasi industri dan sektor ekonomi. Penetapan SOP dan peraturan yang sering kali mengelirukan dan berubah-ubah telah menyebabkan kesusahan kepada golongan peniaga dan juga orang ramai.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Azmin Ali ini hanya mampu berfungsi sebagai ahli politik yang hanya berminat untuk merebut jawatan dan kuasa, sehingga membawa kepada ketidaktabilan politik yang berpanjangan. Pencapaian beliau selama memegang jawatan dalam pentadbiran Negeri dan Persekutuan tidak lebih daripada mewujudkan persepsi yang baik melalui pendekatan populis tanpa memberikan manfaat dan kebaikan yang ‘real’ kepada rakyat.

 

No comments: