Gantung Parlimen untungkan Muhyiddin
Hari ini ada mesyuarat khas KABINET DAPUR Midin perasan abah bincang untuk gantung parlimen atau PROROGUE PARLIMEN.
- Apa maksud prorog Parlimen?
Prorog Parlimen bermaksud pemberhentian atau penggantungan persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.
- Bilakah prorog Parlimen boleh berlaku?
Apabila berlaku sesuatu konflik semasa sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.
- Apakah perbezaan antara prorog Parlimen dengan penangguhan atau pembubaran Parlimen?
Pemprorogan Parlimen ialah memberhentikan persidangan Dewan Rakyat tanpa membubarkan Parlimen.
- Apakah berlaku kepada kerajaan sepanjang tempoh pemprorogan Parlimen?
Segala urusan kerajaan berjalan seperti biasa.
- Siapakah yang boleh memutuskan untuk pemprorogan Parlimen?
Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan baginda untuk memprorog atau membubarkan Parlimen.
- Sekiranya berlaku pemprorogan Parlimen, bagaimana dengan rang undang-undang dan usul-usul di Parlimen?
Rang undang-undang dan usul-usul yang belum diputuskan akan dibawa ke sesi akan datang.
- Bagaimana pemprorogan Parlimen relevan dengan isu politik semasa?
Sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen akan dihentikan apabila berlaku konflik dalam negara.
- Berapa lama tempoh pemprorogan Parlimen?
Dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir persidangan terdahulu.
- Kenapa Prorog?
Kerana PM sudah hilang majoriti. Ada MP UMNO yang sudah hilang kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka tidak lagi yakin dengan kepimpinan PM serta kegagalan PM menguruskan Covid-19.
- Risiko Prorog?
Tiada Pelaburan Asing atau FDI. Tiada semak dan imbang dalam kerajaan. Kroni akan kaya raya, anak beranak Menteri terus faraid harta dan rakyat papa kedana.
Sepanjang tempoh Prorog, PM dan konco-konconya berkuasa mutlak nak buat apa sahaja tanpa perlu dipersoalkan di Parlimen oleh Pembangkang mahupun rakan kongsi dalam PN.
Sebarang Rang undang-undang dan usul-usul yang belum diputuskan akan dibawa ke sesi akan datang. Itu kalau betul-betul Parlimen ditangguhkan 6 bulan lagi dari tarikh deklarasi Prorog dibuat. Tapi kalau ianya dilanjutkan lagi, maka makin lamalah sebarang rang undang-undang atau usul-usul untuk kebajikan rakyat dapat dibentangkan di Parlimen.
Mudah kata, PM dan konconya tak nak dicatat dalam sejarah sebagai PM dan Menteri Kabinet paling singkat, jadi menggunakan alasan Covid-19 untuk kekal berkuasa tanpa sebarang soal dari pihak lain.
Makin lama, covid 19 ini ada, makin menghalalkan tindakan mereka nak adakan Prorog ini untuk tempoh yang lama sekurang-kurangnya sampai cukup penggal sesi Parlimen kali ini bukan untuk rakyat dan negara tetapi lebih kepada untuk diri mereka sendiri.