ADUAN RAKYAT KEPADA DYMM YDP AGONG

 Jbon Jbon


Daulat Tuanku :


Berdasarkan kepada pendapat yang diperolehi rata rata rakyat Malaysia majoritinya amat marah terhadap TSMY yang cuba isytiharkan Darurat semasa pandemic covid-19 ini berlaku semata mata untuk menyelamatkan legasi politik TSMY.


Tidakkah terfikir oleh TSMY akan kesengsaraan rakyat marhean yang kais pagi mencari sesuap rezeki sedangkan kamu dan para Menteri Kabinet yang ada hari ini cuma melirik mata sahaja sambil mendapat gaji buta.


Rakyat tidak bodoh jika TSMY cuba mengisytiharkan "Darurat" demi menyelamatkan karier politik sebagai Perdana Menteri sepertimana telah dilakukan oleh Perdana Menteri Israel. 


Tidakkah boleh Tuanku memangiil kesemua ahli parlimen datang menghadap supaya ditarik rambut tepung tidak berselerak.?


Daulat Tuanku!!! Dengarlah rintihan rakyat Tuanku ini.. sebagai  rintihan terakhir Kami sebagai tempat MEMAYUNGI RAKYAT.


Daulat Tuanku!!!

No comments: