KEMBALIKAN SEMULA HAK RAKYAT SUATU KEWAJIPAN


Image may contain: 11 people, text


Semua tahu, kerajaan PH jatuh setelah 22 bulan menjadi kerajaan.  Jatuhnya kerajaan PH bukan kerana ditolak oleh rakyat di dalam pilihanraya, tetapi apabila berlakunya pengkhianatan di kalangan pemimpin dan beberapa Ahli Parlimen.  

 Pengkhianatan ini mungkin gagal jika tidak dibantu oleh pihak lain.  Wujudnya kerajaan pintu belakang ini adalah kerana ianya dibantu oleh pihak2 lain yang mahu berkuasa tanpa mandat rakyat.  Alasan kononnya mahu kepada sebuah kerajaan melayu Islam tanpa Dap yang lebih baik ternyata gagal.  Terbukti sekarang kerajaan yang ada begitu huru hara dan caca merba.  Menteri2nya jauh lebih ramai dari kerajaan PH sebelum ini namun apa yang mereka lakukan untuk negara ini?  Kerajaan yang wujud hasil dari pengkhianatan tidak akan mendapat perlindungan Allah.  

 Islam meletakkan khianat pada tempat yang hina lagi dina, selain merupakan sebahagian dari tanda-tanda orang munafik. Allah menjelaskan orang yang beriman tidak boleh mengkhianati amanah yang telah diberikan. 

 Dalam Surah al-Anfal ayat 27 (bermaksud): Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.

 Dalam Surah al-Hajj ayat 38 bermaksud: “Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.”

 Setelah Allah melarang perbuatan khianat, maka ayat ke-107 surah an-Nisa pula melarang berdebat dan membela orang yang khianat. “Dan janganlah engkau berdebat membela orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa.”

 Maka, jelaslah khianat dan bersubahat dengan pengkhianat begitu mendapat tempat yang jijik di dalam Islam.

 

WFAUZDIN NS

 

 


No comments: