Mohd Asri Abu Bakar
Bila Teoh Beng Hock di katakan terjatuh dari tingkat 17, di menara SPRM..masa tu kita dah pelik sebab kecederaannya tak seperti orang yang jatuh dari tempat tinggi pun. Dia jatuh pulak tu atas konkrit pulak. Patut kecederaan bukan luka-luka sahaja tetapi confirm la patah riuk. Ok lah, tu cerita lama, kan?.
Ni kita nak cerita tentang kes yang baru berlaku. Cer kita panggil pemain terkenal yang kurus dan cergas mcm Safawi Rashid untuk panjat pagar SPRM. Agak-agak korang berapa lama dia ambil masa untuk melepasi Pagar yang ketinggiannya lebih dari 4 meter.
Pastu Kita nilai pulak si Gemuk Scammer terhina tu...berapa lama pulak dia ambil masa nak panjat pagar tu, sehingga dia boleh terlepas dari kawalan pegawai-pegawai SPRM. Ada 2 minit tak?...3 minit @ berapa sebenarnya?.
Aku rasa lah kan...dia tak panjat pun pagar tu.
Teruk betul dah SPRM ni. Dari org mmg dah tak percaya dah kat SPRM..kini masyarakat semakin bertambah meluat pulak dan dah naik menyampah sangat-sangat. Tengok muka Azam Baki jer pun aku dah nak maki!!!.
Soalan: Semua Jabatan-jabatan KERAJAAN seperti PDRM, KASTAM dan lain lagi..mereka ada pasukan pengawas, pemantau dan suruhanjaya dari pihak ketiga. SPRM ni sape yg pantau?. Maka, terlepas gitu saja la segala kesalahan-kesalahan yang orang-orang SPRM lakukan, kan?
Bimbangnya bukan apa... risau SPRM dah jadi spt perumpamaan 'HARAPKAN PEGAU, PEGAU MAKAN PADI'.