ANWAR SELAMATKAN UMNO?



HORAS



BUKAN mudah  nak ajak orang Melayu supaya berfikir dengan menggunakan otak yang waras ...Anwar orang tak suka dendam. Bertahun-tahun Tun mengutuk dan menyebarkan propaganda karut bagi memburukkan imej Anwar.

Anwar dituduhnya liberal.

Aneh. Semua anak perempuan Anwar bertudung. Bininya juga bertudung. Sering buat majlis zikir dan keagamaan. Pada malam kejatuhan PH pun Anwar sibuk berzikir.

Nak tengok Tun buat majlis zikir, entahlah. Hal peribadi kita tak perlu campur. Pandai-pandai engkau la nak hidup. Tapi kalau dah menfitnah, tak salah pun nak jawab. Takde pula anak Anwar sibuk berbikini atau menjadi eLGiBT. 

Tapi Anwar diulang-ulang sebut. Liberal. Liberal. Kamu tu liberal. Hairan. Keluarga Anwar elok bertudung, katanya liberal. Yang ada eLGiBT pula islamik. Bodoh sangat ke penyokong Tun ni? Bila Siti Kasim benci Anwar pun dah boleh fikir. Anwar tu liberal (gaya hidup) atau tidak.

Liberal juga membawa maksud meraikan kepelbagaian dan hak-hak bersuara selagimana tidak melakukan kesalahan jenayah. Ini nak kata Anwar liberal memang dia liberal la. Dia menghormati kebebasan bersuara tetapi dalam had perlembagaan.

Anwar orang tak suka dendam. Ketika PH menang, jawatan PM itu ditawar pada Wan Azizah. Tapi PKR dan Anwar, orang hormat perjanjian. Walaupun selepas itu Anwar diserang kerana beri cadangan. Tun anggap ia perkara yang mempersoalkan haknya sebagai Perdana Menteri. Diletaknya orang tah hape-hape di jawatan Menteri sudahnya imej PH dilemahkan. Sedangkan Anwar ikhlas tak punya dendam mahu PH bekerja tunaikan janji mereka pada pengundi. Kerana itu pemilihan menteri perlu dilihat berkelayakan dan ada merit.

Anwar orang tak suka dendam. Sudah lebih 22 tahun beliau dibuang UMNO. Tetapi sebaik sahaja PH menang, PPBM la parti yang beria mahu lenyapkan UMNO dari peta politik.

Anwar orang selamatkan UMNO. Kata Anwar, UMNO itu parti yang ada ramai ahli orang Melayu. Mereka patut dibiarkan jadi pembangkang berwibawa. Bukannya haramkan dan hapuskan UMNO. Dalam UMNO bukan semuanya rasuah. 

Sedangkan ahli PPBM keluar UMNO tak sampai 3 tahun sudah ada cita-cita nak hapuskan UMNO. Anwar pula sudah 22 tahun dihina. Difitnah. Keluar masuk penjara pun tak ada dendam nak hapuskan UMNO. Itu beza Anwar dan ahli politik lain. 

Anwar orang tak suka dendam. Bila Tun dan PPBM cari Anwar masa terdesak nak undi. Anwar tolong. 

Bila Tun dan PPBM khianat pun, Anwar hadapi dengan sabar. Ada dia meracau pergi sana sini serang orang. Tak ada. Yang buat serangan tu ialah Tun dan Azmin. Dan para penyokong mereka. Anwar kekal bersabar dan focus.

Inilah Anwar. Anwar orang tak suka dendam.

No comments: