Apa pun keadaan umno saya ingin mengucapkan tahniah di atas kematangan dan kebijaksanaan pimpinan membuat keputusan.

 BERSATU gabung dengan PAS, UMNO?

HAMDAN TAHA

Selepas tewas PRU dan di tinggalkan oleh sahabat sahabat dalam BN dan di katakan Umno sudah berkubur dan tak ada masa depan berubah kembali kepada pembangkang kepada parti yang berkuasa cuma kekuasan di pecah pecahkan oleh parti lain yang lebih kecil.

Malam tadi sekali lagi Umno membuat keputusan yang boleh merubah keadaan politik semasa. Umno sebuah parti yang cukup bijak dan berpengalaman berdepan cabaran di masa depan....

Bagi saya soal menang atau kalah dalam pru ke 15 bergantung sejauh mana kebijaksanaan pimpinan Umno mencatur kedudukan Umno itu. Apakah masa PRU nanti Bn kekal bersendirian atau bergabung dengan parti parti lain tetapi Umno adalah tulang belakang sepertimana BN sebelum ini....

Tidak ada guna bergabung tapi menjadi sekadar tangan kiri kepada gabungan itu hanya di tugaskan basuh berak sahaja. Kerusi yang di kongsi sudah lah sedikit susah pula nak menang kerana kerusi yang sedap dan elok dah dua parti lain yang ada dalam gabungan dah ambik....pun tak guna juga...

Jangan bimbang dengan kononnya parti Umno akan di lihat tidak popular. Popular atau tidaknya bergantung dengam siapa mereka bekerjasama...jika kerjasama itu dengan parti yang Umno boleh menjadi kuat ketika itu maka Umno akan menjadi kuat....itu sebabnya Bersatu cukup bergembira mahu bergabung dengan Umno dan Pas....

Umno...Pas dan Bersatu bagi saya tidak boleh bersama kerana tidak serasi dan mereka sebenarnya musuh....bukan kawan....musuh...bergabung sekejap boleh lah lama tak bole kerana ketiga tiga parti ini pendekar Melayu....kira pantang tercuit sikit masing masing buka bunga silat terus....kot ada benda jatuh pun langkah silat juga di buka...jika ada orang melatah pun bunga silat juga di bukanya....pendek kata tiga tiga pendekar....dan pulak tu suka pada gadis yang sama....minat yang sama....keris masing masing pun panjang dan saiznya sama.....berat