ADAKAH PKPB SALAH TAFSIR?

 

Image may contain: ‎text that says "‎STATUS TERKINI COVID-19 Kes baharu mengikut negeri 14 Oktober 2020 بید SABAH KEDAH SELANGOR PULAU PINANG 429 kes 113 kes Tempatan: 429 Import:0 Tempatan: 113 Import:0 KUALA LUMPUR W.P LABUAN 68 kes Tempatan: Import: PERAK 17 kes Tempatan: 17 Import:0 JOHOR 12 kes Tempatan:7 Import: 8 kes Tempatan:7 Import: SARAWAK kes Tempatan: Import:0 MELAKA 3 kes Tempatan: Import:0 NEGERI SEMBILAN 3 kes Tempatan: Import: W.P PUTRAJAYA 2 kes Tempatan: Import:0 1 kes Tempatan: Import: kes Tempatan: Import: Jumlah kes baharu: 660 Tempatan: 654 Import: 6 SUMBER:CPRCKEBANGSAAN KEBANGSAAN SUMBER: comms@moh‎"‎





Dari FB wall A Kadir Jasin...

1. Kalau ikut statistik Kementerian Kesihatan ini, lojik mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke atas Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya boleh dipertikaikan. Malah boleh dianggap tidak lojik.

2. Jangkitan semasa Covid-19 di tiga wilayah ini tidaklah tinggi - 68 di Selangor, 12 Kuala Lumpur dan satu Putrajaya - berbanding 429 di Sabah, 133 Kedah dan 17 Pulau Pinang.

3. Apatah lagi jika diambil kira bilangan penduduk mereka. Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mempunyai penduduk keseluruhan seramai 7.6 juta berbanding Sabah 3.5 juta dan Kedah 2.07 juta.

4. Jadi dengan bilangan penduduk yang ramai dan kadar kepadatan yang tinggi, rekod Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya adalah cemerlang.

5. Ini belum diambil kira hakikat bahawa tiga wilayah ini juga adalah nadi sosio-ekonomi negara yang melibatkan kadar interaksi manusia yang lebih tinggi dan pesat.

6. Natijahnya, walaupun mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan tempo interaksi yang rancak, tiga wilayah ini masih mampu mengawal penularan wabak ini.

7. Pihak berkuasa sepatutnya lebih memandang berat kegagalan sistemik di Sabah yang melibatkan pendatang asing dan pilihan raya negeri, dan di Kedah yang melibatkan penghuni penjara.

8. Jangkitan besar yang berlaku di penjara di Kedah sekarang adalah contoh klasik kegagalan sistemik pelaksanaan SOP Covid-19. Tindakan keras wajar dikenakan ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab.

9. Adalah amat baik dan wajar pihak berkuasa politik serta pentadbiran mengkaji semula kewajaran mengenakan PKPB ke atas Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sekarang.

Wallahuaklam. Terima kasih.

- AKJ

 

No comments: