Jawatan Perdana Menteri yang masih lagi jadi rebutan di kalangan tokoh politik yang sama..


HAMDAN TAHA


Malaysiakini - Di antara Mahathir dan Anwar, yang hilang adalah rasa percayaKu Li: When was I ever with Mahathir? | Free Malaysia Today

1. Pm sekarang Tsmy sudah tentu mahu kekalkan kekuasaan

2. Dato Seri Anwar Ibrahim masih bekerja keras untuk menjadi Perdana Menteri. Walaupun beliau telah gagal dari tahun 1998 tetapi sehingga sekarang kekal sebagai antara yang di calunkan sebagai PM oleh penyokong beliau.

3. Tengku Razalie Hamzah tokoh paling lama di dunia sebagai MP yang tidak pernah kalah. Bersedia juga menjadi Perdana Menteri walaupun bukan menjadi pimpinan utama Umno tetap nama beliau di kira masih antara calun yang sesuia sebagai PM Malaysia. Beliau sukar untuk menerima jika di tawarkan pun ke jawatan Timbalan Perdana Menteri....tak tahu lah jika jawatan lain...yang bersesuian...Allahualam...

4. Tun Dr Mahatir Muhamad telah dua kali menjadi PM dan masih juga bersedia menjadi PM untuk kali ketiga. Beliau masih berperanan dalam mencatur siapa Perdana Menteri Malaysia...yang pasti beliau tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM....dan beliau mampu menyekat Anwar ke arah itu sehingga sekarang....

Selagi masih ada 4 tokoh ini dan mereka tidak bersedia berunding sesama mereka dan saling jatuh me jatuh sesama mereka kita akan tetap tidak mempunyai ke stabilan politik yang di kehendaki oleh rakyat....

Begitu juga dari segi kepartian....Pas...Umno Dan Bersatu bagi saya mereka boleh bersama tapi tidak boleh kekal lama dan tidak boleh bertahan. Kerana mereka saling tidak percaya antara satu sama yang lain. Kepercayaan di semua peringkat tidak ada,baik dari pemimpin sehinggalah keahlian....nampak macam boleh duduk semeja tapi dalam hati tidak ada keikhlasan....seperti mana gabungan antara Tun M dan Anwar....boleh duduk semeja...tapi dalam hati masing masing asyik nak bertikam sesama sendiri....akhirnya pecah berkecai....

Apa beza antara Tun M dan Anwar dengan gabungan Pas...Umno...dan Bersatu....setiasa panas tak pernah sejuk.....nak berjalan bersama atau nak tinggal serumah lagi dua tahun setengah takut tak sampai dah karam....

Ini semua akan merosakan negara kita ke arah lebih teruk. Kita tidak boleh menafikan sekarang negara sedang berdepan dengan masalah ekonomi yang berat. Jika tidak bantuan luar negara dan ahli perniagaan dalam negara tidak berani memulakan kerancakan ekonomi....kita akan menuju kemiskinan...kehilangan pekerjaan...hutang negara meningkat...hutang rakyat juga meningkat...rakyat akan muflis kerana tidak mampu bayar hutang....rakyat akan susah...negara boleh menuju ke arah huru hara..bila golongan muda dalam sesebuah negara ramai menjadi pengangur dan tidak ada sumber pendapatan ini akan menjadikan negara tersebut berada dalam ketidaktentuan....Apa inisiatif pemimpin. Mahathir boleh lakukan, tetapi orang yang sama kuasai negara dalam sektor ekonomi, kurang prihatin kepada golongan marhaen dan kedekut. Anwar..kita lihat pengaruh beliau terutama Turki dan dunia Arab serta Barat..ini kita perlu berikan sokongan.

Ini lah kualiti pemimpin kita yang ada....kita berdepan dengan pimpinan utama dan senior yang tidak boleh mengenepikan keegoan masing masing. Itu belum saya tulis tentang lapisan ke dua pimpinan negara yang lebuh teruk lagi....seperti Azmin Ali....Hamzah zainudin dan seangkatan seeranya juga yang bercita cita tinggi untuk jadi PM...mereka juga telah membuktikan diri mereka boleh saja menjadi pengkianat dan menukar warna demi jawatan....ini lagi saya nampak masa depan negara gelap dari segi melahirkan kepimpinan yang baik bersih jujur dan di rahmati Allah swt....