BIAR DILIHAT ADIL...


ZUBAIDI SUDIN

Image may contain: 1 person, text
Dekat kartel si Tian Chua tu bukan main berlembut siap bg surat, bg masa bela diri tak pecat walau jelas memg dia sokong kartel. Siap buat NGO jemput kartel lagi. Tak khianat ke? Hanya sbb dia pernah duduk depan FRU, khianat pun takpe? Kawtim?
Tapi Kenny Chua tak diberi tunjuk sbb, tak diberi peluang bela diri pun. Bukan tak boleh pecat sbb dia berkomplot, tapi at least dgr dulu, dia tak lompat parti tapi dah tak sokong Piee Bedal yg tolak DSAI sbgai calon PM dan lebih rela jd blok bebas dgn Atuk berbanding dgn kerjasama dgn Keadilan.
Tak hina ke kerana sekoq jd Timb. KM dlm tu seluruh maruah parti digadai kpd Warisan dan Piee yg tak sokong DSAI dan Keadilan pun.
Kerjasama yg tiada timbal balik. Non Reciprocal. No wonder Kenny Chua tak sokong Piee. Silap dia, dia pi sokong Musa Aman. Itu nampak janggal. Report SPRM la klau dia terima duit.
Wallahualam
- Zus Din
1 Ogos 2020
******************
KEADILAN tidak bertolak ansur dengan unsur-unsur yang membelakangkan kerajaan mandat rakyat serta meruntuhkan setiakawan Pakatan Harapan dan Warisan yang terjalin sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke 14.
Sehubungan itu, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN Datuk Ahmad Kasim dalam satu kenyataan menegaskan parti telah mengambil keputusan memecat ADUN Inanam, Kenny Chua kerana didapati turut serta bersama kumpulan Musa Aman yang cuba menggulingkan Ketua Menteri Shafie Apdal semalam.
"Lembaga Disiplin mengambil maklum keadaan politik di Sabah di mana semalam pihak media merakam gambar kehadiran Kenny Chua Teck Ho bersama kumpulan Musa Aman yang berniat menjatuhkan Kerajaan Negeri Sabah.
"Setelah menerima pengesahan dari Majlis Pimpinan Negeri Sabah tentang keberadaan beliau di dalam blok yang berusaha menjatuhkan Kerajaan Negeri Sabah, dan mengambil kira pendirian KEADILAN bahawa pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak boleh dibenarkan maka Lembaga Disiplin mengumumkan bahawa Kenny Chua Teck Ho dipecat dari KEADILAN berkuatkuasa serta-merta," katanya.
Untuk rekod, Kenny Chua merupakan pembantu Menteri Kewangan Sabah di bawah kabinet Shafie Apdal. Dalam KEADILAN Sabah beliau merupakan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.



No comments: