1. Aidiladha kali ini ada sejarahnya sendiri. Selain melaksanakan ibadahnya dengan SOP yang terkawal, terpahat insiden kudeta yang gagal.
2. Ia digagalkan selepas langkah pantas Ketua Menterinya, Shafe Adpal membubarkan DUN untuk diserah kuasa kepada rakyat.
3. Sesetngahnya menganggap ini langkah luar biasa kerana dengan keadaan ekonomi yang menekan dan kes covid-19 yang masih belum sepenuhnya pulih, Shefie Apdal memutuskan Pilihan Raya Negeri adalah jalan terbaik menstabilkan keadaan poiitik Sabah.
4. Sudah pastinya ‘game’ ini tidak dijangka Musa Aman yang lantas mengeluarkan kenyataan tidak patut PRN diadakan. Tapi dia lupa kerja membeli dan menyogok ADUN-ADUN untuk menyokong dia sehingga nilai 32 juta ringgit itu jauh lebih keji dan terkutuk.
5. Sekarang, SPR sudah terima notis. Sudah nyatakan akan bermesyuarat untuk membincangkannya. Harapnya SPR boleh jalankan tanggungjawab mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari daripada mencari jalan untuk mengelak PRN dengan mengatakan pembubaran DUN tidak sah pula.
6. Kecaman dan kejian harus dihala kepada team Musa Aman. Mereka memang dahagakan darah balak dan segala isi bumi Sabah. Mereka mahu kembali mengumpul apa yang sempat sebelum PRU 15.
7. Untuk Warisan dan sekutunya, carilah calon yang tulen dan teguh pendiriannya, jangan lagi diambil individu yang dipertikai kesetiaan mereka.
8. Jangan ada yang memanggil Sabah ini sebagai negeri yang biasa dengan acara lompat-melompat. Itu label yang keji. Sabah bukan begitu.
9. Apapun, tindakan memulangkan kuasa kepada rakyat ini harus menjadi duluan (precedent) untuk semua termasuk di persekutuan. Serah mandat pada rakyat semula.
10. Semoga rakyat Sabah bijak memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib mereka.
Sabah mengajar kita!
Dr Razam Ramli.