JANGAN SERONOK SANGAT KAHWIN DENGAN SELEBRITI AGAMA

Jamzuri Ardani

Jangan seronok sangat dapat kahwin dengan 'selebriti agama' nie. Sisi gelap yang mereka sembunyikan adakalanya sangat brutal. Sembang mereka macam bagus, hakikatnya Allah sahaja yang tahu.

Manusia memang mudah terpedaya dengan topeng agama. Apatah lagi di kalangan mereka yang ada semangat dan kesedaran yang tinggi, tapi tiada asas ilmu yang kukuh.

Maka itu Umar Ibn Al Khattab RA pernah berpesan, "Janganlah kamu menilai seorang lelaki itu dari banyak solat dan puasanya, tetapi nilailah seorang lelaki itu dari keupayaan akalnya dan sifat benarnya (aqlihi wa sidqihi)".

Apakah Umar RA tidak suka dengan lelaki yang kuat beragama? Tentulah tidak. Sedangkan Umar RA sendiri seorang yang banyak solat dan puasanya. Tetapi Umar RA sedar bahawa 'wajah agama' itu mudah dilakonkan. Adapun kebijaksanaan dan kejujuran itu amat sukar untuk dilakonkan.