JANGAN BIARKAN WARGA ASING BERMAHARAJALELA


Suhelmi Abdul Majek

Itu sebab kenapa bila Sabah Sarawak memiliki keistimewaan imigresen sesuai Akta imigresen 1959/63 di mana antaranya warganegara Malaysia yang bukan berasal dari kedua buah negeri ini harus lah memiliki "passport" atau pas kebenaran masuk yang dihadkan selama 90 hari, ramai yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan pula.

Tapi terbukti hari ini bila timbul isu berkaitan Sabah Sarawak terutamanya Sabah semenjak dua tiga hari ini dengan Filipina bila kita bawa hujah akta imigresen di atas ramai terkedu dan "check mate" dengan sendirinya.

Sama ada dia akan komen tak mahu meneruskan "debat" atau memaki la, itu saja 😁

Jangan tak tahu, diorang ingat negara kita ni orang Kelantan atau Selangor misalnya bebas membuka penempatan atau kampung beramai-ramai di daerah Papar sehingga membentuk majoriti melebihi penduduk asal. Walhal hakikat sebenar tidak begitu.

Ketaksuban segelintir penduduk di sana terhadap Sabah boleh lah kita kategorikan sebagai obses yang keterlaluan.

Mereka memang telah di doktrin bahawa Sabah adalah kepunyaan mereka, ibarat sejak dari terbentuknya dunia ini Filipina memang sedia wujud termasuk la Sabah sebagai sebahagian wilayah mereka 😌

Bahkan istilah penduduk asal Sabah tidak ada bagi mereka. Asal kau pemegang kad pengenalan Malaysia kau akan di cop sebagai "Malaysian" dan perlu meninggalkan Sabah atau gabung dengan Filipina (pastinya tanpa keistimewaan Bumiputera sebab kau dianggap bukan pemilik Sabah tapi mereka. Tiba-tiba kau jadi orang asing di tanah sendiri) sekiranya Sabah benar-benar jatuh ke tangan mereka.

Bagi diorang yang taksub ini, kau Kadazan ka, Sungai ka, Murut ka, kau bukannya penduduk asal Sabah walaupun kau ada bukti sejarah silam yang cukup panjang di tanah ini serta status kau sebagai Anak Negeri dijamin dalam Perlembagaan tubuh negeri juga di bawah payung Persekutuan.

Nampak kan betapa mengarutnya bentuk pemikiran mereka? Lihat lah betapa celaka dan dangkalnya pemikiran para pentaksub ini. Belum apa-apa sudah mahu menghalau keluar rakyat Sabah dari tanah tumpah darah mereka sekiranya tidak menurut kehendak para pentaksub bodoh ini.

Itu sebab kenapa kebanyakan mereka mudah dimanipulasi oleh ahli politik di sana walhal kini mereka sedang berhadapan ancaman lebih besar dari China selain pandemik Covid-19 sendiri.

Sedangkan Sabah menyertai Malaysia atas prinsip demokrasi, atas faktor suara anak-anak Sabah sendiri, bukan tiba-tiba diserap macam tu saja tanpa sebarang rundingan dan musyawarah.

Sabah bukan Filipina!!!

No comments: