CALON LAMA WARISAN YANG SETIA HARUS DIKEKALKAN


Nazib

AMT Warisan tidak salah pilih calon dulu, semua calon Warisan yang asli kekal setia kpd parti. Mereka ini boleh dipercayai dan tidak akan khianati mandat yang tuan-tuan  dan puan-puan bakal berikan kelak...jika anda memilih Warisan atas sebab-sebab tertentu, anda melakukan pilihan yg tepat utk meletakkan kepercayaan anda bagi idea yang anda sokong kepada mereka. Tidak ada paksaan, tetapi jika anda memikirkan untuk berikan mandat anda kepada calon yang tidak mengubah pendiriannya, pilihlah calon-calon Warisan yang terbukti tidak berubah haluan atas dasar tamak kpd jawatan dan wang ringgit. Kita akui, kewangan itu satu keperluan, tetapi kepercayaan rakyat kpd calon pilihannya adalah sesuatu yang lebih besar nilainya bagi mereka....beri Warisan peluang untuk mengembalikan harapan rakyat agat kerajaan mengubah nasib dan kehidupan rakyat (kecuali rakyat yg tidak mahu mengubah kehidupannya sendiri, atu payah dikit...😅.) ....keep calm and vote for Warisan.
Together we are strong...

#contoh ayat kempen nanti, ok kah?😅


No comments: