Umno ‘check mate’ Bersatu?
Via WhatsApp
Maaf, penulisan di sini bukan untuk menyedapkan hati. Sumber maklumat hanya di sampaikan dari sumber rangkaian kami sendiri. Permainan politik ini belum tamat, round 3 akan berlangsung. Dalam penulisan yg lepas, nukilan berkenaan pengkhianat dr Azmin & Muhyiddin adalah benar.
Kita sedia maklum permainan politik antara sdra Mahathir, Azmin, Muhyiddin. Tapi master plan adalah dr Umno Baru. Mahathir yg kununnya elit dalam grand master plan, pun kalah dgn rancangan umno. Lani semua dh masuk perangkap. GM katakan pd seorang pegawai dalaman, ia hanya onar sdra Mahathir. Tapi sumber maklumat yg di sampaikan memeranjatkan.
Umno baru hanya try & error. Rancangan pertama ialah dr Hishamudin & Azmin. Rancangan kedua ialah Muhyiddin. Azmin ghairah nak jadi PM, begitu juga Muhyiddin. Mahathir pula tidak mahu lepaskan jawatan PM. Semua ini main peranan tembak menembak. Akhirnya PH bermasalah, Johor kembali kpd Umno & Bersatu terlepas. Kedah & Perak hanya tunggu masa utk terlepas dr Bersatu.
Maklumat yg di sampaikan oleh sdra Kadir menyatakan Azmin cadangkan Muhyiddin sbg PM itu adalah benar. Maklumat bahawa Bersatu tidak cadangkan Muhyiddin sbg PM itu juga turut benar kerna agenda Mahathir utk kekal berkuasa. Pabila bisikan dr Azmin itu berjaya, Muhyiddin pula lupa diri dan tidak lihat permainan umno itu makan diri. Maka terjadilah sdra Mahathir itu pula mencadangkan Muhyiddin di media sedangkan malam sebelum itu berlaku pertengkaran antara mereka. Apa yg mereka gaduh? Senarai Mahathir sbg PM itu berubah kpd Muhyiddin. Azmin mengidamkan jawatan TPM, dan jika bernasib baik Muhyiddin tidak mampu maka Azmin kan ambil alih sbg PM dari Muhyiddin.
Kalian kalau baca ni pun pening…apatah lagi GM.
Kunci sebenar ialah Umno Baru rancang utk memerintah semata tujuan nak lemahkan kes pendakwaan hingga buang kes. Try & error ialah dgn kata AG hantar surat resign sedangkan ia adalah PALSU. Agenda tersirat ialah sebaik saja Muhyiddin berjaya gabungkan Bersatu ke dalam MN @ PN, ia adalah bersifat sbg PM sementara di mana tujuan akhir sebaik saja Umno berjaya lemahkan kes & buang kes pendakwaan… jawatan PM sementara yg di pegang oleh Muhyiddin akan di serahkan kpd Zahid Hamidi. Bagaimana pula dgn Azmin? Masing2 antara mereka sdg tembak menembak antara mereka.
Sdra Mahathir sedar permainan yg dia bawa juga semakin jauh kehilangan dr kawalan. Nak pusing balik tak jadi…nak ke hadapan pun terkandas. Maka dia akan ikut game yg dia sendiri cuba bermain.
Kini semuanya sudah berada dlm kawalan umno baru/kleptokrasi. Johor sudah terlepas, usaha seterusnya ialah Kedah & Perak termasuk Melaka. Cuma Melaka ini TYT mereka katakan kpd sdra Adly utk teruskan memerintah. TYT Khalil Yaakob itu pun org Pahang, Melaka dahulunya pekat kpd umno kini sdg mengira masa utk ambil alih melalui permainan Muhyiddin, Azmin & Mahathir.
Keluarkan Bersatu dari PH adalah kejayaan pertama umno. Menyerapkan Bersatu kpd kawalan umno adalah kejayaan kedua mereka. Dan kejayaan ketiga ialah berjaya dapatkan pemerintahan Johor dr parti Bersatu itu sendiri.
PH masih terus tetap bersaing. Ya, sedikit sebanyak kami juga agak kecewa dan sedih.
Perjalanan game umno seterusnya ialah utk mendapatkan Sarawak & Sabah. Kalian sudah maklum, 2 buah negeri itu adalah FIX DEPOSIT. Sekiranya Warisan & Sarawak itu masih ikut kepala keras nak sokong Mahathir tanpa peduli kemana Mahathir itu berada, negara Malaysia sudah pasti bermasalah.
Hakikatnya kini Mahathir itu sendiri ibarat dah terbuang dr parti sendiri akibat ketamakan dan kegelojohan kepentingan diri. Bersatu sudah dalam kawalan Umno Baru SEPENUHNYA. Dgn Sarawak & Sabah ikut rentak sedemikian, ya PH akan kalah dlm peperangan politik ini.
Umno Baru pergunakan parti Bersatu untuk mendapatkan Sabah & Sarawak dgn satu bidikan menerusi Muhyiddin Yasin & Azmin. Untuk memujuk sdra Mahathir spy kekal dalam game tersebut, umno baru merencanakan agar Muhyidin kekal sbg PM manakala anak Mahathir bakal di jadikan sbg TPM. Tujuannya agar Mahathir itu kekal di sana & Warisan serta parti sdra Abg Jo menetapkan haluan kepada parti Bersatu atas perkiraan sdra Mahathir ada di sana.
Jika Mahathir keluar sekali lagi dari Bersatu, sudah pasti anaknya Mukhriz akan ikut, sdra Maszlee…sdri Rina…Syed Saddiq juga akan ikut keluar. Maka akhirnya yg mereka takut Warisan serta parti abg Jo di Sarawak juga akan turut beralih arah yg menyukarkan Muhyiddin & kawalan umno keseluruhannya.
Jadi…utk mengelakkan hal ini, mereka dr umno telahpun gerakkan saraf “asalkan tanpa DAP”. Sokongannya ialah parti Pis/Panmip.
Game atas game, permainan demi permainan…akhirnya mereka sendiri tembak sesama. Dalam nak kejar kepentingan serta pengkhianatan ini, PH yg dapat mandat rakyat di PRU14 dua tahun lepas terkulai layu.
Semuanya demi penyangak kleptokrasi nak lepaskan diri dr setiap pendakwaan penyalahgunaan kuasa & pengubahan wang haram skala besar.
Muhyiddin & Azmin akan teruskan permainan. Tokoh yg seharusnya di hormati itu pula game over dalam permainannya sendiri. Ingatkan dirinyalah master planner yg terhebat…paling termega hebat. Tapi tersungkur di kaki umno.
Jika Sabah & Sarawak tidak pandai ibarat terkena minyak dagu mana Mmahathir tu pergi maka dia arahkan perahunya…habislah Malaysia!
PH terpaksa menelan pahit dr pengkhianatan ini dan mulakan sekali lg. Bagi kami, ya hati kami juga sakit. Tapi kami masih lg cuba utk tidak mengalah sehingga YDPA tiup wisel. Hal pihak istana yg melambatkan penamatan masalah ini juga satu masalah… Mungkin mereka mahukan Kleptokrasi itu menjarah kembali agar setiap keinginannya tidak di usik saat negara semakin lemas.
Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.
Gino Marvela aka Gin Marvel.
Note: Nukilan ini bukan di ceduk dr mana2 tempat sebaliknya ia adalah dr sumber maklumat tangan kami sendiri. Nak kata tipu@fake, terpulang. Bagusnya PH, masih berdiri dgn konsus 3 parti dan keputusannya masih tidak berubah hingga kini.