MENANTI MUFTI MEMBERI ULASAN



 Ibrahim Mat Isa

Semalam, seketika meneliti notification FB, aku recall balik hataran tulisan aku mengenai gesaaan supaya semua mufti negeri-negeri Tanah Melayu ini bersuara mengenai Pertukaran Kerajaan Secara Khianat berlaku minggu lepas.

Lalu aku telah membaca nukilan SS Mufti yang galak dan gedik dengan kudeta kerajaan Malaysia sejak sekian lama iaitu sejak kempen #BMF sampailah kepada yang terkini.

Nampaknya mufti berkenaan membawa dalil yang ternyata lari dari konteks sebenar apa yang dipersoalkan rakyat. Sepatutnya beliau kembali kepada asas pokok bicara iaitu apa ikatan syariat mengenai sesuatu kumpulan yang menjatuhkan kerajaan secara tidak sah.

Ia seumpama mencuri,, merompak dan menyamun mandat yang telah rakyat berikan kepada Pakatan Harapan.

Dari tulisan mufti berkenaan, aku dapat simpulkan bahawa beliau juga telah menjadi seperti walaun taraf bawahan yang cuba mencari dalil yang membenarkan perbuatan jahat hanya kerana menyokong manusia yang sekulitnya, dalam erti kata mendokong kaumnya untuk berlaku zalim.

Carilah dalil apa pun, selagi perkara pokok tidak dihuraikan secara adil dengan menyatakan dengan jelas haram menjatuhkan kerajaan, kau tulislah apa dalil pun mengenai kewajiban mentaati pemerintah tidak akan terpakai.

Eloklah tu, esok-esok kalau ada berlaku pengkhianatan lagi, disokong lagi dan boleh jugalah ditujukan kepada perbuatan haram yang lain umpama mencuri untuk membantu orang susah, merompak wang bank kerana ingin menderma kepada pembinaan masjid dan seumpamanya.

Itu mufti kepala senget satu hal.

Ini aku nak seru juga kepada NGO Islam yang lain. Kenapa menyorok dalam gua? Dalam banyak NGO yang kononnya bergerak atas nama Islam, membantu Palestine, bina masjid dan telaga air sana sini, tapi hal khianat siasah dalam negara pun tak berani buka mulut. Yang dengar berani ialah ABIM yangmenegur perbuatan itu.

Bangkitlah NGO Islam semua, nyatakan pendirian, dan bersuaralah kerana suara kebenaran itu amal berharga kepada umat Islam yang keliru di Malaysia ini.

Sekian.
🅰️ℹ️Ⓜ️ 😎

#NotMyPM

No comments: