M.Zahari Ali
Peringkat pertama cabaran MY adalah usaha umno untuk batalkan pembekuan aset umno dalam akaun-akaun negeri oleh mahkamah ekoran kes 1mdb Najib.
Inilah motif umno sertai kabinet Mahyuddin. Sedangkan motif utama umno dan Pas mahukan bubar parlimen dan adakan pru 15.
Tanpa wang yang dibekukan itu umno akan lumpuh.
Peringkat kedua MY akan hadapi kerakusan umno yang mempunyai kerusi terbesar dalam kerajaan pintu belakang PN. PBBM hanya mempunyai 13 seat semasa memenangi pru14 dan bakinya dari serpihan umno yang jugak 13 seat.
Serpihan umno yang sertai PPBM ini merupakn antara tekong-tekong utama pengkhianatan PPBM pada PH.
Tahap ke tiga cabaran MY adalah percaturan masyarakat pelbagai kaum di Melaysia. Setakat ini dari kerusi semenanjung MY hanya mempunyai 3 kerusi. 2 dari MCA dan satu dari MIC.
Walaupun barisan kabinet MY boleh dilantik dari seat sanator namun secara biasannya ia tidak melambangkan inspirasi sebenar sebuah kerajaan yang sihat.
Apa pun moga MY ada kekuatan untuk hadapi detik 100 hari pertama menjadi PM kerajaan pintu belakang yang penuh ranjau ini. Moga MY tidak tergagap andai di sinis tentang kekuatan politik melayu itu terletak pada pintu belakangnya.