MENIPU MANDAT PENGUNDI ITU BUKAN KHIANATKAH ?



Saya tidak pasti samada Muhyidin Yassin faham maksud 'pengkhianatan".  Beliau berkata beliau bukan pengkhianat sebagaimana rakyat Malaysia dan seluruh dunia mengenalinya sekarang.

Apakah dengan memenangi pilihanraya di Parlimen Pagoh dengan menggunakan logo KEADILAN atas nama Pakatan Harapan, kemudian melompat keluar dari Pakatan Harapan untuk bersama musuh Pakatan Harapan itu bukan khianat?

Apakah setelah bersetuju dengan Pakatan Harapan di dalam manifesto PRU14 iaitu Tun M adalah PM 7, kemudiannya Anwar Ibrahim sebagai PM 8, tiba-tiba Muhyidin keluar dari Pakatan Harapan untuk bersama musuh PH bagi menjayakan cita-citanya sebagai PM 8 itu bukan khianat?

Pengundi-pengundi memilih Muhyidin sebagai Wakil Rakyat yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan yang menggunakan logo KEADILAN adalah kerana pengundi-pengundi yakin dengan Pakatan Harapan, tiba-tiba mandat rakyat ini dicuri dan dibawa lari oleh Muhyidin untuk kepentingannya bersama Pakatan Nasional iaitu musuh Pakatan Harapan, apakah tidak boleh digelar satu pengkhianatan kepada para pengundi?

Beliau tidak boleh bermain dengan kata-kata dengan memberikan seribu alasan untuk menghalalkan apa yang beliau lakukan.  Alasannya untuk menstabilkan kerajaan amat melucukan kerana tiada kerajaan yang boleh stabil apabila kerajaan itu wujud hasil dari pengkhianatan kepada rakyat, bukannya pilihan rakyat.  Rakyat pilih kamu atas nama Pakatan Harapan dan sekiranya di dalam PRU14 yang lalu kamu bertanding atas logo dacing baghdad, pasti kamu tewas dengan teruk.

Jelaslah, gelaran pengkhianat itu memang secucuk dan sinonim dengan apa yang telah kamu lakukan.  Ingatlah, alangkah busuk dan malangnya jika gelaran itu kekal kamu bawa sampai ke penghujung nyawa.  

WFAUZDIN NS