Dalam perutusan khas malam tadi, Perdana Menteri antara lain berjanji hanya akan melantik mereka yang bersih, berkaliber dan berintergri sebagai anggota kabinetnya.
Katanya, beliau sedar rakyat mahukan pentadbiran sebuah kerajaan yang berintegiriti dan bebas daripada rasuah untuk negara ini.
“Saya juga sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang bersih, kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah.
“Buat pemulaan ini, saya berjanji akan melantik anggota jemaah menteri daripada kalangan yang bersih, berintegriti, dan berkaliber. Insyallah,” katanya lagi.
Berikutan janji Muhyiddin Yassin itu, pembentukan kabinet yang bakal dlumumkannya tidak lama lagi adalah menarik untuk ditunggu oleh seluruh rakyat negara ini.
Adakah Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang sedang berdepan 87 kes mahkamah akan dilantik sebagai menteri atau tidak?
Adakah Bendahari BN, Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga berdepan kes rasuah di mahkamah, turut disenaraikan sebagai menteri atau tidak?
Apakah Hishammuddin Hussein selaku bekas Menteri Pertahanan yang masih berdepan siasatan Mindef berikutan pembelian enam helikopter tempur yang belum dihantar, antara yang bakal dilantik menjadi menteri?
Apakah Azmin Ali yang dikaitkan dengan “video Haziq”, malah diakui oleh bekas Ketua AMK Santubong itu sebagai pasangan seks sejenisnya, juga turut tersenarai sebagai antara barisan kabinet Muhyiddin?
Meskipun ramai lagi pemimpin yang diragui kebersihan dan intergritinya, buat permulaan ini adalah penting untuk melihat sama ada empat pemimpin di atas disenaraikan sebagai menteri atau pun tidak.
Jika mereka tidak dilantik, sekurang-kurangnya kita boleh jugalah memberi pujian dan sanjungan kepada Muhyiddin kerana beliau dilihat benar-benar melantik mereka yang bersih, berkaliber dan berintergriti sebagai anggota jemaah menterinya.
Tetapi, jika keempat-empat pemimpin tersebut atau salah seorang daripadanya masih disenaraikan sebagai anggota barisan kabinetnya, bermakna Muhyiddin bukan saja memungkiri janjinya sendiri, malah cakapnya di hari pertama sebagai Perdana Menteri adalah “cakap tak serupa bikin”.
Dengan itu, jika janji itu dimungkiri, kerajaan pintu belakang yang dipimpinnya pasti akan berdepan penentangan yang berterusan daripada rakyat di hari-hari mendatang nanti.
(ShahbudinHusin 03/03/2020)
(ShahbudinHusin 03/03/2020)