MGF09122019_Bukit-Aman_03
Peguam, Ramkarpal Singh bercakap kepada media mengenai Ahli Parimen Sungai Pelek, Ronnie Liu menghadiri perhimpunan Hari Memperingati Perjanjian Hatyai PKM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 DISEMBER 2019.
KUALA LUMPUR – Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ramkarpal Singh berkata,
beliau sedang memikirkan jalan untuk menyerahkan notis surat tuntutan kepada
bekas Penyelidik anak guamnya, Muhammed Yusoff Rawther yang mendakwa telah dicabul oleh Presiden PKR itu pada Oktober lalu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, surat tuntutan yang dihantar sebelum ini
kepada Muhamed Yusoff telah dikembalikan semula ke pejabatnya disebabkan
 penerima tidak tinggal di alamat tersebut.
“Kes Yusoff Rawther, kami diarahkan mengeluarkan notis surat tuntutan
terhadapnya
dan saya melakukannya tapi kami tak dapat serahkan ke alamat dia iaitu di Pulau
pinang seperti mana disertakan dalam akuan bersumpah.
“Jadi kami cuba menyerahkan tetapi surat itu kembali semula ke pejabat kami
 bahawa dia (Yusoff) tidak tinggal di alamat Pulau Pinang itu.
“Jadi kami sudah sediakan notis surat tuntutan baharu untuk diberikan kepadanya
 kelak,” katanya keitka ditanya pemberita semasa mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, Ronnie Liu untuk dirakam keterangan berhubung kehadirannya
ke Perhimpunan memperingati Perjanjian Damai Hatyai ke-30 pada bulan lalu.
Ditanya kemajuan yang dicapai setakat ini, Ramkarpal berkata, beliau sedang mengusahakan pelbagai kaedah termasuk mendapatkan maklumat daripada myKad Muhammed Yusoff yang dirasakan boleh membantu mendapatkan alamat terkininya.
Ramkarpal ditanya sama ada beliau akan bertemu peguam Muhammed Yusoff, Muhammad Haniff Kathri Abdulla yang mengiringi untuk memberi keterangan berkata, beliau akan mendekatinya untuk menyerahkan surat tuntutan itu.
“Boleh juga, ya saya tahu dan difahamkan Haniff jadi peguam dia dan ada di sini, kalau betul dia ada sini, mungkin kami boleh berikan notis itu kepadanya mewakili Yusoff.
“Kami mungkin boleh buat begitu.. akan fikirkan opsyen itu,” katanya