MGF09122019_PERHIMPUNAN-BULANAN-DISEMBER-KPDNHEP12
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap semasa sesi sidang media pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Disember KPDNHEP 2019 di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Presint 2, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2019.
PUTRAJAYA – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata beliau
 tidak tahu sama ada topik yang dikupas dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) anjuran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan
 dengan agenda membangunkan rakyat.
Katanya, beliau juga tidak tahu sama ada ketua setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atau pengarah bahagian berkenaan ada memberi kupasan topik tersebut
 dalam majlis itu.
“Saya pun baru tahu semalam tentang perjumpaan Wawasan Kemakmuran Bersama
 jadi kita bersangka baik barangkali itu merupakan penerangan merapatkan jurang ekonomi penduduk bandar dengan luar bandar.
“Saya pun tidak tahu sama tajuk itu dikupas boleh jadi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, pengarah bahagian berkenaan saya pun tidak tahu.
“Tapi apa yang saya baca ucapan pemimpin parti dan penjelasan kemakmuran
 bersama itu adalah ekonomi Malaysia lebih maju kalau Anwar terus diserang.
 Itu yang saya faham.
“Ekonomi Malaysia akan pulih luar biasa lonjakan saujana hanya dengan
mengganyang Anwar Ibrahim. Itu mesej saya tolong tulis jadikan itu tajuk utama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).