Mohamad Sabu
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berjalan menunju ke sidang media selepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto
SHAH ALAM – Cadangan pengambilalihan Felda Global Venture Holding Berhad (FGV) daripada pihak ketiga masih di peringkat perbincangan, baik dalam Pakatan Harapan (PH) mahupun 
Kabinet.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu 
berkata, sekiranya perkara itu mahu dilaksanakan, pihaknya 
akan memastikan kegagalan Barisan Nasional (BN) mentadbir
 urus anak syarikat Felda itu tidak berulang.
“Itu di peringkat perbincangan dan sekarang disuarakan dan 
kita akan bincang di peringkat PH dan Kabinet dalam hal ini 
supaya 
ia tak berulang apa yang berlaku kepada FGV.
“Bentuk-bentuk yang disebut tadi (Datuk Mazlan Aliman) belum konkrit lagi, hanyalah di peringkat cadangan sahaja, tiada lagi 
bukti dan fakta konkrit katanya orang tertentu nak ambil alih 
FGV, hanya di peringkat khabar angin saja,” katanya pada 
sidang media selepas Konvensyen Nasional Amanah 2019 di sini, 
hari ini,
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah, 
Datuk Mazlan Aliman mendedahkan wujudnya gerakan dalaman 
dan usaha pihak ketiga iaitu Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary untuk mengambil alih kepentingan dalam FGV.
Menurut Mazlan, sekiranya pengambilalihan itu berlaku, 
Kerajaan PH akan dianggap sebagai pengkhianat rakyat yang 
telah memilih dan memenangkan merekan pada PRU14 lalu.
Ditanya tentang pendedahan Mazlan bahawa satu perjumpaan 
antara pihak ketiga terbabit dengan lembaga pengarah Felda dijadualkan esok, beliau bagaimanapun tiada maklumat mengenainya.
“Setakat ini saya belum ada maklumat tentang hal itu (mesyuarat lembaga pengarah Felda)
“Lihat dulu perjanjian, rujukan dan sebagainya. Sebab kita tak
 tahu apa yang nak diambil alih dan bagaimana, saya tak boleh komen hal ini sekarang,” katanya lagi. –MG