SBPA: Jelaskan rasa tidak puas hati, Subra gesa Cuepacs

SBPA: Jelaskan rasa tidak puas hati, Subra gesa Cuepacs

December 17

SERI KEMBANGAN, 17 Dis — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.

Cuepacs akan mengadakan perhimpunan khas di ibu negara esok. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.

“Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, Cuepacs kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati,” katanya dipetik Bernama Online.

Subramaniam (gambar) ditemui pemberita selepas merasmikan “Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar” di sini hari ini.

Laporan sebelum ini menyebut Cuepacs akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin bagi membincangkan mengenai SBPA yang disifatkan tidak begitu adil.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata skim baru yang ditawarkan itu bukan satu paksaan, malah terpulang kepada kakitangan kerajaan untuk menerima tawaran atau kekal dengan sistem lama.

No comments: