KATA RAKYAT TAK BERDUIT.SUSAH..AIKK...BEREBUT PULAK.


 

NI DI CHINA KA DI KEDAH ?

 


WOII LEBAI..ORANG TEGUR SOH HANG TUNJUK BUKTI...HABIS KEEJA KO BUAT APA? HANG PI LA TOLONG ORANG YANG MENGUNDI HANG. MISKIN DI OENANG NI SEBAB MALAS JA.


 

ASET ASET ATM SEDANG DI AUDIT.


 

PADU PAKAR KHINZIR DATANG SIASAT


 

PAS PERLU BERTAUBAT DAN BERHENTI PERDAYA UMMAH







Berikut merupakan karangan lebih tertib dan tersusun apa yang saya sampaikan sebelum ini menerusi beberapa penulisan:


Raggie Jessy Rithaudeen


Berikut merupakan petikan daripada penulisan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang diterbitkan oleh Harakah Daily pada 19 Januari 2026:


“Maka, dibawa konsep perpaduan Islam mengikut ketetapan Allah. Inilah alasan PAS tidak bersama Kerajaan Perpaduan yang berkonsepkan bebas tanpa sempadan ketetapan Allah yang telah direalisasikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melibatkan kumpulan yang menganut fahaman pluralisme, liberalisme, termasuk kumpulan ekstrem serta syaitan bisu terhadap kemungkaran dan lain-lain.”


Apabila Hadi merujuk kepada fahaman PH, beliau secara otomatik merujuk kepada kepercayaan dan pegangan pemimpin DAP, PKR dan Amanah, bukannya hal-hal berkaitan urus-tadbir kerajaan, yang melibatkan juga Barisan Nasional.


Tapi bukankah fahaman DAP dan PKR sama ketika Hadi bersama-sama kedua-dua parti itu dalam Pakatan Rakyat?


Pada ketika itu, Hadi bersungguh-sungguh kerahkan semua orang PAS untuk mengajak pengundi Melayu sokong DAP atas alasan PAS tidak ‘lupa’ jasa DAP terhadapnya.


PAS juga pernah berkata, “Kalau dalam pergaulan mereka (DAP) tidak melawan atau memerangi Islam, mereka bukan golongan kafir harbi yang boleh membawa kemudaratan dalam kedudukan Islam.”


Kata-kata itu dilafazkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man pada 9 Ogos 2012, di mana beliau menambah, “kenyataan tentang hukum berdosa menyokong DAP ‘tidak bersifat ilmiah’.”


Kemudian, bila DAP tidak berpuas hati dengan PAS susulan Langkah Kajang, PAS mendakwa kononnya parti itu sukar terima DAP kerana DAP tidak mahu PAS sentuh agenda negara Islam.


Walhal, masalah sebenar antara DAP dan PAS ialah soal pencalonan Menteri Besar Selangor, di mana PAS menyelitkan nama Datuk Seri Azmin Ali tanpa pengetahuan PKR atau DAP.


Kemudian, pada 25 Mei 2018 , tidak lama selepas PRU14, Hadi tiba-tiba memuji DAP yang didakwanya matang dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam.


Kenyataan ini pelik, kerana DAP pada ketika itu tetap bertegas bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan tidak boleh dijadikan atau dianggap negara Islam.


PAS turut suka membangkitkan Perlembagaan DAP yang dikatakan memiliki aspirasi sekularisme dan melanggar asas Perlembagaan Persekutuan.


Anehnya, DAP menggunakan Perlembagaan yang sama ketika Hadi dan Tuan Ibrahim mempertahankan parti itu satu ketika dulu sebagai parti yang “tidak melawan atau memerangi Islam.”


Ini lah PAS—Kalau dia dah suka, dia sanggup putarbelit ke tahap langit dan halalkan sesuatu yang dia tidak sependapat dengan anda. Kemudian, bila dia tidak suka, dia haramkan balik.


Bersandar kepada putarbelit ini, Hadi cuba ‘halalkan’ alasan PAS tidak menyertai kerajaan perpaduan.


Cuba kita teliti:


Perikatan Nasional (PN) menggunakan DAP sebagai alasan utama tidak menyertai kerajaan perpaduan. Namun, jika PAS dan Bersatu masuk kerajaan, jumlah MP Umno, PN, PKR dan Amanah sahaja sudah mencapai majoriti selesa.


Ini sekaligus mewujudkan penyatuan kepimpinan Melayu-Islam terbesar dalam sejarah, di mana blok ini berkuasa untuk memastikan Agama dan Bangsa terpelihara.


Tetapi PAS memilih untuk duduk di luar kerajaan kerajaan dan ‘memancing’ Umno untuk bersama-sama mereka dalam Muafakat Nasional.


Persoalannya, bagaimanakah langkah ini mampu menyatukan kepimpinan Melayu-Islam dan menjamin Agama-Bangsa terpelihara, berbanding langkah PN masuk kerajaan dan membentuk kuasa kepimpinan Melayu-Islam terbesar dengan majoriti selesa?


Sangat nyata alasan Hadi tak masuk kerajaan “bodoh tahap gaban,” seolah-olah Hadi berpendapat Melayu-Islam bersatu atau berkuasa tahap mana pun tidak boleh tangani DAP atau PH.


PAS tidak sekali-kali berhajat menjemput saudara seagama dari PKR atau Amanah, namun mereka terus menerus menagburi mata penta’asub dengan pembohongan kononnya agenda mereka adalah penyatuan.


Kemudian, bila Umno menolak pelawaan PAS, dan bila PAS tahu mereka terpulau dan kini terpaksa berpaut pada Bersatu, maka keluar lah dalil dalil mengarut dan usaha ‘terancang’ mempersoalkan pelepasan Zahid daripada pertuduhan di Mahkamah.


Sebab itu saya kata PAS merupakan parti paling hipokrit dan mengarut dalam sejarah tanah air.


Nota tambahan:


1. PKR, Amanah dan Umno cukup bersatu dan harmoni, manakala PAS dan Bersatu duk tikam menikam dan bergelut soal kuasa dan kedudukan (soal Pengerusi PN, calon PM).


2. Kesimpulannya, pemimpin Melayu-Islam dalam kerajaan 1000 kali lebih bersatu berbanding pemimpin Melayu-Islam di luar kerajaan yang makin berpecah dan mengarut.


3. Jadi, masuk akal dak Umno keluar kepompong penyatuan dan menghala masuk kepompong perpecahan?




PEROLEHAN ASET BARU ATM AKAN DIBEKUKAN SEMENTARA HINGGA LAPORAN AUDIT SELESAI


 

TU DIA..

 


NAMPAK GAYANYA APABILA BANYAK PENGKALAN HARAM DITUTUP. JENAYAH MAKIN KURANG. TAHNIAH KERAJAAN MADANI.

 



Kadar jenayah di Kelantan turun 19.5 peratus, kerajaan negeri zahir rasa syukur




.


Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan kesyukuran atas penurunan ketara kadar jenayah di negeri ini sebanyak 19.5 peratus,  berdasarkan data rasmi terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM).

.


Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pencapaian itu mencerminkan keberkesanan pendekatan menyeluruh yang dilaksanakan secara bersepadu oleh pihak eksekutif, disokong kerangka perundangan yang mantap serta pentadbiran berintegriti.

.


Menurutnya, kejayaan berkenaan bukan hanya hasil penguatkuasaan undang-undang semata-mata, sebaliknya turut dipacu usaha berterusan dalam pembangunan insan berteraskan ilmu, akhlak dan kesedaran rohani.

.


“Keselamatan awam dan ketenteraman sosial tidak boleh digalas melalui mekanisme penguatkuasaan semata-mata. Akhlak yang baik berfungsi sebagai kawalan dalaman yang mampu mencegah perbuatan jenayah walaupun tanpa pengawasan zahir,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

.


*Berita penuh di ruangan komen





MEROSAKKAN NAMA AGAMA

 



Pendakwah selebriti, Da’i Syed diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan atas kes rogol yang berlaku tujuh tahun lalu.






Hakim Adlin Abdul Majid menolak rayuan tertuduh dengan memutuskan keterangan yang dikemukakan hanya bersifat penafian, selain menegaskan kesalahan berkenaan serius dan tiada alasan khas untuk menangguhkan hukuman.


Kes itu melibatkan pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium di I-City pada September 2019, di mana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian




DULU DIKAITKAN DENGAN POLITIK. KINI TIDAK

 


SPRM MEMBERI SIDANG MESIA TERKAIT ISU ATM DAN RASUAH

 


DUA BEKAS PANGLIMA ATM DIDAKWA.


 

KINI GILIRAN ATM.

 


Dua Lagi Pegawai Kanan ATM Bergelar 'Datuk' Dijangka Didakwa Minggu Depan - Azam Baki


Artikel penuh di ruangan komen




LUPA LA TEW...HARI TU KATA PUTERA ARAB BAGI...

 





Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui di Mahkamah Tinggi bahawa wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan derma dari Arab Saudi. 


Pengakuan itu dibuat ketika beliau disoal balas oleh peguam SRC International Sdn Bhd, Kwan Will Sen,m dalam prosiding saman sivil RM42 juta yang difailkan terhadapnya oleh SRC dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd.


Najib berkata pada ketika itu beliau menyangka wang berkenaan adalah derma, namun turut mengakui Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini memutuskan tiada bukti dokumentari menyokong dakwaan derma Arab Saudi.


Kredit: Berita Harian 


#ohmedia #ohnegara #ej




10% BAGI NEGARA UROOE YANG BERDAGANG DENGAN US.

 


3 KAMPUNG MALAYSIA DI INDONESIA


 

KEH KEH KEH.. KENA LA HANG. SBANG KUAT.

 


BENDA BELUM DIMUKTAMATKAN LAGI. NI NAK JADI PM. ANWAR TIBAI DEOAN DEOAN 25 TAHUN FITNAH

 


TITLE PROFF, TAPI MEMPERBODOKAN ORANG MELAYU. TAKAT HANG BODO SOQANG SUDAH LA.


 

KANTOI DR AKMAL GENG PEMUDA YANG DESAK NAJIB RAZAK LETAK JAWATAN !!






Rakyat tak lupa. Internet memang tak pernah lupa. Yang dok cuba buat-buat lupa ni cuma orang yang takut rekod lama dibuka semula.


Pada 11 Mei 2018, Dr Akmal Saleh sendiri menulis dan mendesak Najib Razak supaya berundur sebagai Pengerusi BN. Ayat dia bukan berlapik, bukan kias-kias:


“Pengerusi BN PERLU BERUNDUR.”


Bukan setakat itu. Dr Akmal juga dengan terang menyatakan dari kaca mata rakyat, kepimpinan lain tidak sesuai, dan mencadangkan individu lain sebagai pilihan:


“Sejujurnya dari kaca mata rakyat orang yang paling sesuai untuk itu bukanlah Datuk Seri Zahid, bukanlah Datuk Seri Hishammuddin, tetapi individu tersebut adalah saudara Khairy Jamaluddin.”


Itu pendirian Dr Akmal waktu Najib ditekan.

Itu tulisan Dr Akmal sendiri, bukan cerita orang.


Hari ni cerita dah lain. Dr Akmal tampil pula sebagai penyokong Najib, berlagak setia, dok kutip simpati penyokong Najib dan ahli UMNO, seolah-olah semua yang ditulis dulu tak pernah wujud.


Soalnya satu ja. Dulu Najib disuruh berundur. Hari ni Najib pula dipertahankan. Ni prinsip yang berubah, atau kepentingan politik peribadi yang bertukar?


C&P dari penyokong Najib Razak !!




SIAPA MINTA TANGGUH RUU 355.

 


PEMANDU YDPA.

 

Azahar Khalid


Disebelah YDPA adalah seorang Pemandu kepada YDPA. Beliau adalah "skot" Abam. Kami sama sama masuk tentera pada tahun 2002. Kami juga daripada Kor yang sama iaitu Kor Perkhidmatan Diraja didalam tred pemandu. 





Beliau dan Abam juga pernah ditemuduga untuk menjadi pemandu kepada YDPA di istana Jalan Duta suatu ketika dulu. Untuk sesi temuduga menjadi pemandu kepada YDPA bukan sesuatu yang mudah. 


Anda ditemuduga oleh pegawai dari 4 cabang perkhidmatan.. Penemuduga berpangkat Jeneral dari TUDM, TLDM, TDM dan PDRM. 


Hanya seorang demi seorang ditemuduga. 


Korang bayangkanlah betapa gugupnya semasa proses temuduga itu berlangsung. 


Setiap soalan demi soalan diajukan dan anda perlu menjawab dengan tenang dan bijak. 


Soalan pula bukan soalan seperti bertanyakan sudah makan ke belum.. 😅


Tetapi soalannya lebih kepada pengetahuan umum seperti kejadian2 yang berlaku masakini, keselamatan negara, nama penuh YDPA, nama dan jawatan pegawai tinggi dalam tentera, ekonomi negara dan macam macam lagi. 


Semasa proses temuduga pula anda tidak dibenarkan duduk. Hanya berdiri di hadapan pegawai tinggi tersebut sehingga selesai. 


Jika satu jam maka sejam lah anda berdiri di hadapan mereka. Terasa kerdil je diri ini bila kena situasi seperti itu🤣


Dan selepas selesai proses temuduga itu, "skot" Abam ni berseloroh berkata "aku tak mau skot... Tapi kalau dapat, aku follow".. 


Keputusan bukan pada hari tersebut.. Kami perlu melalui proses yang lain.. Perlu melakukan ujian jasmani bagi menentukan kadar kesihatan yang tinggi. Berlari sejauh 2.5km dalam masa yang ditetapkan. Melakukan tekan tubi dan sebagainya. Basah jugalah baju ketika itu. 


Selesai semuanya, kami diberi arahan supaya pulang ke pasukan masing-masing dan menunggu keputusan samada lulus atau tidak. Agak lama juga Abam menunggu jawapan dari Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja.


Ye lah... Jawatan pemandu hanya memerlukan seorang anggota sahaja tetapi yang datang seramai 10 orang. Korang kalau nak tahu, seramai 10 orang ini adalah yang terbaik didalam Kor (termasuk Abam) dipilih untuk ditemuduga jawatan tersebut . Jadinya memang betul-betul teliti didalam memilih siapa yang layak. 


Oleh kerana rezeki berpihak kepadanya, maka beliau mendapat jawatan dengan jayanya. Dan beliau sehingga kini menjadi pemandu kepada YDPA. 


Abam tumpang berbangga dengan kejayaan beliau. 


Semasa Abam mengarang cerita ini, Abam membayangkan jikalah Abam berada ditempatnya sekarang mesti Abam masih sibuk dengan tugas dan amanah yang diberikan. 


Dan Abam pun tak dapat nak menceburkan diri dengan dunia lastik ikan🤣🤣


Respek pada skot Abam Pegawai Waran 1 Saifuddin pemandu YDPA. 


Berkhidmat Untuk Semua

Kor Perkhidmatan Diraja

Tentera Darat Diraja Malaysia


Daripada Sarjan Bersara 

Azahar Khalid


#fyppppppp

#growengagement

#jangkauanluas

#memorilama

#throwback




DEWAN PANAS! FITNAH MP PAS & BERSATU DI DALAM DEWAN! YB SANY BALUN KAW KAW!

6 KOTAK BUKTI DARI ANWAR ! YB PN TERUS GEMENTAR !

"MADANI BUKAN MACAM PN HUTANG NAIK" ! YB PAGOH TERUS NAIK MARAH !

PMX BALUN KOW-KOW HAMZAH DI PARLIMEN | BELUM DAPAT TARBIAH DARI HADI | K...

USUL AMBIL TINDAKAN TERHADAP YB PASIR MAS ? FADHLI DIARAH KELUAR ?

PEDAS JAWAPAN MENTERI MITI YB JOHARI DITUJUHKAN KHAS KEPADA HAMZAH MP LA...

IKUT SUKA KAMI LA.


 

𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗨𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗘𝗧𝗢𝗥𝗜𝗞 '𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠', 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗔𝗣𝗔 𝗛𝗔𝗦𝗜𝗟 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗔𝗦?



✍️ Ahmad Mursi 


1.  Dah lama sangat PAS TUNGGANG retorik ni untuk 'scam' orang Melayu-Islam. 


2.  Tapi apa hasil kerja yang kita dapat tengok sekarang? TAK ADA!


3.  Terlalu banyak institusi umat Islam di Malaysia dibina sejak merdeka, dibuat oleh orang lain yang PAS kata 'sekular tolak Islam'.


4.  33 bulan Haji Hadi Tebok Atap diberi jawatan bertaraf Menteri, Islam apa 'ditegakkan' masa tu? TAK ADA!


5.  Kita marah bila ada peniaga guna imej agama untuk lariskan produk, atau scammer derma guna agama untuk curi duit orang.


6.  Tapi kenapa kita boleh terima ahli politik tunggang agama untuk scam dalam kempen, maki dan kafirkan lawan politik?


7.  Contoh tunggang agama: Haji Hadi semalam berbohong kata DAP halang undi RUU355 di Parlimen. Walhal dia bentang tapi skrip tangguh usul dah siap di tangan.


8.  Ini tunggang RUU355 untuk cipta naratif 'DAP musuh Islam'.


9.  Kalau pemimpin politik lain berbohong, orang PAS akan cepat cop 'Munafik! neraka terbawah!'.


10.  Walhal ahli agama berbohong ni lebih berat, boleh sesatkan ratus ribu manusia tanpa dikritik kerana imej jubah dan serban mereka.


11.  PAS dakwa, mereka 'ulama pewaris Nabi', tapi Nabi SAW tak berbohong.


12.  'Tunggang agama' ibarat tunggang kuda dan paksa kuda tu ikut arah tuju kau. 'Ikut agama' pula, umpama peta dan kompas, kita kena ikut, bukan reka laluan sendiri.




𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗡𝗜𝗣𝗨𝗟𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗜𝗟 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗢𝗟𝗔𝗞 𝗞𝗢𝗟𝗔𝗕𝗢𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗚𝗨𝗡𝗚 𝗨𝗠𝗡𝗢


Ahmad Mursi


1.  Al-Quran dan hadis digunakan untuk menghalalkan keputusan politik dan menjadi perisai moral PAS, bukan sebagai sumber hikmah yang membimbing masyarakat.


2.  Benar atau salah tidak lagi diukur dengan ilmu atau maqasid syariah, tetapi ditentukan mengikut keperluan strategi politik PAS.


3.  Akibatnya, yang benar boleh dikata salah, yang salah boleh dikata benar — asalkan PAS dapat undi.


4.  Tajuk tulisan Haji Hadi (19 Januari 2026), “PAS bersama tali Allah, bukan tali ciptaan manusia”, dengan sendirinya sudah mendedahkan cara PAS memanipulasi simbol agama.


𝗗𝗢𝗞𝗧𝗥𝗜𝗡 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗦: 𝗛𝗜𝗧𝗔𝗠 𝘃𝘀 𝗣𝗨𝗧𝗜𝗛 


5.  PAS cuba membina doktrin agama yang sempit: dalam Islam kononnya hanya ada dua pilihan — Hitam atau Putih, Islam atau Kafir, PAS atau Lawan PAS, Bersama Islam atau Menentang Islam.


6.  Sebab itu perpaduan dalam Islam didoktrinkan hanya ada dua bentuk: Perpaduan Tali Allah (PAS) — wajib, Perpaduan Ciptaan Manusia (lawan PAS) — haram.


7.  Hakikatnya, dalam siasah syariyyah, spektrum kerjasama politik sangat luas. Ada kerjasama darurat, ta‘awun sementara, dan pakatan untuk menolak mudarat yang lebih besar — semuanya diiktiraf ulama sejak berabad-abad.


8.  Politik ialah wilayah ijtihad, bukan isu akidah. Namun PAS memaksa politik menjadi isu iman: siapa bersama PAS dianggap bersama Islam, siapa tidak dianggap menentang Islam.


𝗡𝗔𝗠𝗣𝗔𝗞 𝗜𝗟𝗠𝗜𝗔𝗛, 𝗛𝗔𝗞𝗜𝗞𝗔𝗧𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗔𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔 


9.  Apa yang PAS lakukan bukan fiqh — ini propaganda politik yang dibungkus dengan istilah agama.


10.  Tulisan Haji Hadi sarat dengan petikan al-Quran dan hadis. Bagi orang awam, ia kelihatan seperti ulasan ilmiah — cukup untuk walaun ‘like’, bukan untuk difahami.


11.  Namun bagi sesiapa yang memahami usul fiqh, kelemahannya jelas. Dalil dipaksa agar selari dengan pendirian PAS.


12.  Tiada penjelasan asbab nuzul atau wurud, konteks diabaikan, nas digunakan secara literal tanpa menilai waqi‘ (realiti semasa), aplikasi dalil sering tidak tepat, dan khilaf ulama — khususnya dalam isu kerjasama politik dengan bukan Islam — disenyapkan secara selektif dan tidak telus.


13.  Sesiapa yang belajar agama melalui kacamata PAS akan terbentuk dengan bias politik, bukan dengan keluasan tradisi keilmuan Islam.


14.  Gaya bahasa Haji Hadi yang keras, suka melabel dan menghukum juga asing daripada tradisi ulama muktabar yang berbeza pendapat dengan adab dan hikmah. Pendekatan sebegini kita tidak ditemui dalam karya ulama besar.


15.  Lebih membimbangkan, fiqh yang lahir dalam konteks Daulah Umawiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah sering dipetik secara buta, tanpa mengambil kira perbezaan asas antara struktur empayar Islam klasik dengan realiti negara bangsa moden hari ini.


𝗠𝗢𝗡𝗢𝗣𝗢𝗟𝗜 𝗦𝗜𝗠𝗕𝗢𝗟 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔: ‘𝗛𝗔𝗕𝗟 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛’ 


16.  Naratif PAS mudah: Perpaduan PAS = Tali Allah. Selain PAS = Ciptaan Manusia.


17.  Sejak bila Habl Allah diberi hak milik mutlak kepada sebuah parti politik?


18.  Dalam tafsiran ulama, Habl Allah merujuk kepada wahyu, nilai agama, keadilan, amanah dan prinsip kesatuan umat — bukan ketaatan kepada parti tertentu.


19.  Ayat “Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah” tidak pernah bermaksud “berpegang kepada PAS, jangan bersama lawan PAS”.


20.  Namun itulah makna yang PAS cuba tanamkan — agama dikecilkan menjadi slogan kempen.


21.  Bukan itu sahaja, perintah “kembalikan kepada Allah dan Rasul” apabila berlaku perselisihan sepatutnya difahami melalui kerangka ijtihad ulama, maqasid syariah, qiyas dan realiti semasa, bukan tafsiran literal sempit yang mesti selari dengan pendirian politik PAS yang berubah-ubah.


𝗦𝗔𝗛𝗜𝗙𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗜𝗡𝗔𝗛: 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗧𝗜𝗞, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗗𝗜𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗡𝗔 


22.  Haji Hadi merujuk Sahifah Madinah, tetapi versi yang dipetik telah dimanipulasi dan disesuaikan dengan pendirian PAS dalam isu kerjasama politik dengan bukan Islam.


23.  Hakikatnya, Sahifah Madinah ialah kontrak politik dan sosial antara Muslim dan bukan Muslim yang membentuk kesatuan masyarakat (ummatan wahidah) atas dasar keadilan dan keselamatan bersama.


24.  Namun PAS memetiknya untuk membenarkan penolakan terhadap Kerajaan Perpaduan, sambil melabel pihak lain sebagai “syaitan bisu”, pluralis dan liberal — seolah-olah kesolehan hanya wujud dalam PAS.


25.  Ini bukan pembacaan sirah yang jujur, tetapi sirah yang dipilih dan ditafsir mengikut selera politik.


𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗟𝗨, 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗜𝗟 


26.  Inilah pola “fatwa” politik PAS: keputusan dibuat dahulu, dalil dicari kemudian.


27.  Tulisan Haji Hadi tentang perpaduan kelihatan ilmiah, tetapi hakikatnya ialah justifikasi mengapa PAS menolak Kerajaan Perpaduan. Semuanya dibungkus dengan bahasa suci: “kami bersama tali Allah, mereka bersama tali manusia”.


28.  Pendekatan ini berbahaya. Ia melahirkan imej agama yang suka menghukum, memecahkan umat atas nama iman, dan mematikan adab berbeza pendapat.


29.  Tradisi ulama besar berbeza pandangan tanpa menafikan keislaman pihak lain. 


30.  Islam tidak pernah mewajibkan ketaatan kepada mana-mana parti politik.


31.  Yang Islam tuntut ialah keadilan, amanah dan hikmah, khususnya dalam masyarakat majmuk.


32.  Apabila agama dijadikan senjata politik, yang rosak bukan sekadar politik — iman orang awam dan akhlak beragama umat Islam turut hancur.





TANYA SOKLAN TANGGUNG.


 

𝗜𝗡𝗙𝗟𝗨𝗘𝗡𝗖𝗘𝗥 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗜𝗦𝗬𝗧𝗜𝗛𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗖𝗨𝗞𝗔𝗜!







LHDN telah mengeluarkan garis panduan yang menetapkan pempengaruh atau influencer mengisytiharkan pendapatan dan membayar cukai. 


Ini termasuk kepada barang-barang yang diberikan kepada mereka untuk dipromosikan.


Sebelum apa-apa, saya nak ucap terima kasih kepada influencers yang buat content mempromosi Kesum dan Fleximart, sebab kami memang tak bayar, malah mereka kena bayar untuk beli nasi lemak.


Harap LHDN jangan kejar mereka.


Saya harap pempengaruh politik yang menerima bayaran untuk buat kandungan politik, atau yang tweet politik berselindung di sebalik nama yang kita tidak kenali dan menerima bayaran - mereka semua turut mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN dan bayar cukai yang sewajarnya.


Bagi pempengaruh yang ingin bersembunyi dari LHDN supaya tidak mudah dikesan, ada satu cara.


Lepas ini, boleh pertimbang untuk menyamar dan buat content macam ini (tonton video ini sampai habis):



SEMBANG KENCANG... APA OUN DIA TAK MAMPU BUAT... TAKAT SWMBANG.. SATU APA PUN DIA TAK BAGI CADANGAN



 Syam Ghaz



SEKOLAH YIK PUN NAK SERAH KE KPM, GAJI PUN TAK MAMPU BAYAR, ADA HATI NAK SEMBANG BAB PENDIDIKAN? 





Syahir Sulaiman Ahli Parlimen Bachok, Kelantan ni sembang kononnya hebat sangat bab Pendidikan.


Di Kelantan terdapat 22 buah sekolah YIK diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana Yik tidak mampu bayar gaji guru, pengurusan dan pentadbiran sekolah, termasuk infra.


Terbaru khabarnya Exco Pendidikan Kelantan jumpa Menteri Pendidikan nak bagi sekolah Sekolah YIK yang uzur, buruk, tak mampu bayar gaji guru kepada KPM.


Gaji guru PASTI pun berapa ratus je sebulan, belum dibuat Gaji Minimum.


Nak sembang bab Pendidikan, benda basic bag GAJI pun tak mampu selesaikan.


Untuk tampung kelemahan Sekolah Agama Rakyat, PMX Anwar Ibrahim lulukan bajet Khas RM200 juta, tertinggi dalam sejarah.


Compare dgn Mahathir yang tarik balik peruntukkan SAR, last last Pas lantik jadi penatsihat.


PAS Hipokrit ! 


Syam Ghaz



BUAT MALU BANGSA DAN AGAMA SAJA. KAW KAW KENA.

 

Che Ibrahim


Apabila Allah swt melarang umat Islam mencaci sembahan agama lain, maknanya kita juga tidak boleh mengecam atau menghina adat resam, budaya, amalan dan makanan agama lain, kerana dibimbangi mereka juga akan mengecam Allah dan adat istiadat atau amalan orang Islam.








Dalam surah Al An'am ayat 108 Allah swt berfirman :


  ولا تسبوا الذين يدعون من الله فيسبوا الله عدوا بغير العلم.... 


( Jangan kamu mencela mereka yang menyeru kepada selain dari Allah, kerana mereka akan mencela Allah secara permusuhan/sembrono tanpa reti apa apa...)


Dalam ayat di atas Allah swt melarang Rasulullah saw dan ummatnya mencela tuhan tuhan yang disembah oleh orang bukan Islam kerana mereka akan bertindakbalas dengan menyerang Allah dan apa yang umat Islam lakukan.




TAKIYUDDIN SUKA FITNAH KAH ? SAJA NAK TANYA JA.


 

NOHHH KENA LAGI


 

SPEAKING ARAB...


 

SIASAT TANGKAPASUK LOKAP 7 HARI.


 

DENGAR BETUL BETUL...

 


NOHHH HAIH


Che Ibrahim



 1. Tuduhan keluar Pas kerana tak mahu Pas berkawan dengan UMNO adalah satu naratif yang sengaja diputarkan untuk tutup fakta sebenar. 


Realitinya pemimpin pemimpin tersebut telah disingkir dari Pas secara terancang dalam pemilihan pimpinan Pas Pusat 2015. Sebagai pemain politik, mereka tidak dapat berfungsi secara berkesan tanpa jawatan dalam parti atau menguasai organisasi parti, apalah sangat yang mereka dapat buat dengan kekal berada dalam sebuah parti yang tidak inginkan kewujudan mereka.


Pilihan yang ada ialah menubohkan parti Amanah bagi mengganti tempat Pas dalam gabungan politik dengan PKR dan Dap (PR). Sebab itu sebaik sahaja parti Amanah dilancarkan pada 16 Sept 2015 , pada 22 Sept 2015 satu gabungan politik baru PH telah ditubohkan. 


2. Pemimpin pemimpin Pas (yang akhirnya menubohkan Amanah itu) tidak pernah keluar Pas. Mereka disingkir dan tersingkir dari Pas melalui pertembungan "Geng Ustaz" vs "Jebon" yang dimenangi oleh Geng Ustaz.




Sorang keluar PAS sebab tak mau PAS berkawan dengan UMNO. Sorang lagi keluar PAS sebab nak PAS berkawan dengan UMNO. Bertemu kedua-duanya di dalam satu podcast untuk sembang pasal PAS. Sepatutnya kome berdua pakat lawan tanya punca pasaipa keluaq PAS. Lawan tengok siapa yang betoi.


SHAHID APANYA.. BILA JADI KERAJAAN... APA PUN TAK BUAT.

 

Ahmad Mursi


Ada ke konsep Syahid bila PAS lawan sesama orang Islam? melainkan jika PAS telah letak lawan politiknya dipihak 'lawan Islam'. Khawarij terkenal sikap menghalalkan darah sesama muslim. Sebaliknya, kalau orang Islam dibunuh oleh Khawarij, itu dikira Syahid Akhirat seperti Saidina Ali.



Sehari selepas menimbulkan kembali istilah "syaitan bisu" yang pernah popular beberapa dekad lalu, Abdul Hadi Awang hari ini membuat teguran keras ke atas ulama tertentu.





Menurut Abdul Hadi, perjuangan PAS adalah untuk mengangkat Islam yang sempurna supaya diletakkan di tempat yang paling tinggi.


Malah kata Presiden PAS itu, dalam perjuangan tersebut, ada antara ahli parti terbabit berdepan dengan pelbagai kesan serta tindakan, termasuk "gugur syahid".


Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/766098




AKHIRNYA HABUAN MAKAN GAJI BUTA

 


Ahmad Mursi


Dah 45 tahun scam dan 'tunggang' retorik 'berjuang tinggikan Islam'. 





Tapi apa yang dibuat selama tu? Masa 33 bulan Tebok Atap, apa usaha 'tinggikan Islam'? nampak tak buat apa pun..


Tanya walaun: Secara spesifik, apa kerja PAS nak buat kononnya nak 'tinggikan agama'?


Tolak Penunggang Agama, tolak Scammer Agama.



BENARKAH DARI JIM PTI DIKUTIP, DARI JIM PTI DILEPASKAN?

 

Norman Raduan


TPP Imigresen terima suapan RM140k lepaskan 56 warga Bangladesh

BENARKAH DARI JIM PTI DIKUTIP, DARI JIM PTI DILEPASKAN?







Saya melihat komen netizen di medsos, malah berbual di warung mahupun cafe, sejak berpuluh tahun lamanya… isu penangkapan warga asing tidak menghairahkan rakyat lagi.


Mana mungkin begitu byk operasi warga asing, tidak sampai beberapa minggu muncul kembali pekerja tersebut bekerja seperti biasa, kata netizen.


Bual rakan2, kalau tak percaya pergi balik ke restoran Arab yg pernah diserbu hampir 70% pekerjanya ditahan. Jika siapa pelanggan tetap cuba lihat kembali adakah staff yg sama hadir semula bekerja di situ.


Pelbagai andaian, utk lepaskan kembali PTI jumlah ribuan ringgit dikenakan ke atas satu individu. Isu rasuah negara sudah ke peringkat musuh paling utama negara.


Hinggakan DS Anwar terpaksa meletakkan dua pegawai tertinggi polis yg terkenal dgn keberanian dan ketegasan mereka melawan rasuah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Datuk Nik Ezanee utk menjaga sempadan negara.


Dahulu kita dikejutkan sudah berpuluh tahun pintu utama negara apabila Pegawai2 Imigrsen memperkenalkan ‘Counter Setting' utk membawa PTI melalui KLIA. Begitu mudah kedaulatan negara tergadai namun tiada siapa yg mahu kecam mereka.


Terbaru seorang wanita, Pegawai kanan imigresen didakwa terima rasuah RM140,000 lepas kemasukan 56 warga Bangladesh. Bayangkan rasuah negara kita, wanita beragama Islam sudah sama2 bergelumang dgn rasuah.


Kebimbangan rakyat juga patut KDN tekankan di sini, adakah benar berlaku sepertimana didakwa mereka yg ditahan di pusat tahanan dibebaskan semula selepas ada suapan.


Rakyat sudah hilang kepercayaan kpd Imigresen hinggakan bagi mereka operasi menahan PTI itu sebenarnya utk kakitangan mendapat income secara haram daripada PTI atau majikan mereka.


Bila netizen komen WAYANG sahaja… ambil serius perkara ini. Jgn bila rakyat hilang kepercayaan mereka turut bersama melakukan jenayah serupa membawa lebih ramai warga asing ke negara ini.




Hari ini adalah antara hari yang mengembirakan buat saya.


Anuar Ahmad





Sekian lama saya menulis, menegur, mencadang dan ada masanya saya terpaksa mengkritik sistem pendidikan negara. Menulis hampir setiap hari tanpa jemu. 


Saya tahu ramai yang tidak suka dengan teguran dan kritikan saya. Saya tahu. Malah ada antaranya yang saya kenal. Ada juga yang kata 'Tak payahlah menulis, KPM tak baca pun! Ada juga yang kata "buang masa je tulis kat FB tu". 


Macam -macam yang saya terima. Tetapi saya telah memilih jalan ini dan bersedia untuk tidak disukai. Hatta selepas menerima 'surat peringatan' pun saya masih terus juga memberi pandangan dengan fakta sahih yang ada. 


Saya terus menulis kerana saya tahu saya di pihak yang benar. Dan bukan niat saya menulis untuk mencari salah sesiapa. Saya hanya menulis tentang kelemahan sistem pendidikan. Bukan tentang kelemahan mana -mana individu. 


Kritik saya atas tujuan yang baik dan jujur. Kritik saya bukan untuk  kepentingan diri saya. Bukan juga atas tujuan politik. Saya kritik atas prinsip ilmu pendidikan, kerana saya tahu ada yang tidak kena dengan sistem pendidikan negara kita. 


Saya selalu berkata di dalam hati , 'satu hari nanti pasti apa yang saya tulis akan terbukti juga. Saya sangat percaya, pasti akan terbukti juga'. Hanya masa yang akan menentukan. Hari ini, ditakdirkan masa itu benar-benar telah tiba. 


Tidak mudah untuk saya. Saya tahu ini bukan jalan yang mudah. Saya tahu ada kesan buruk kepada kerjaya saya. Tetapi ini adalah pilihan saya. Maka saya akan terus menulis. Dan tidak akan berhenti menulis. 


Terima kasih atas sokongan keluarga khususnya pada isteri saya Dr Nur Atiqah yang sentiasa mengingatkan saya tentang tanggungjawab saya adalah membantu negara melalui jalan ilmu pendidikan. 


Selalu saya ingat kata -kata beliau, 


"Jangan sesekali berhenti menulis dan berkongsi pandangan tentang pendidikan dengan masyarakat. 'Sudah menjadi adat orang berjuang,  pasti akan ada cabaran dan halangan". 


Anak-anak menjadi sebab saya terus menulis. Mereka adalah generasi masa depan. Saya mahu mereka dan semua anak-anak Malaysia terus mendapat pendidikan yang terbaik. 


Hari ini saya benar-benar gembira. 


Selepas ini, jiwa saya akan lebih tenang. Saya sudah mula rasainya. 


Apa yang selama ini saya harapkan dari sebuah sistem pendidikan, hari ini telah mula saya nikmati. 

******


Pentaksiran Berpusat dikembalikan di tahun empat sekolah rendah✅


Pentaksiran berpusat sekolah menengah tingkatan tiga dikembalikan ✅


Umur enam tahun anak-anak mula sekolah tahun satu✅


Prasekolah wajib pada umur lima tahun ✅


RM100 juta untuk naik taraf bilik guru dan kebajikan guru. ✅


Beban bukan pengajaran guru akan dikurangkan ✅


80% masa guru di sekolah adalah khusus untuk masa instruksional✅


JPN dan PPD diperkasakan sebagai institusi utama Reformasi Pendidikan. ✅


Bahasa Melayu dimartabatkan, isu UEC dinoktahkan✅ 


Bahasa Inggeris diperkasakan pada semua murid. ✅ 


Mata pelajaran Sejarah, Perlembagaan dan Rukunegara diperkukuhkan.✅


Semua sekolah dapat akses Internet dan peranti✅


Anak-anak miskin dan OKU terus diberikan perhatian. ✅

*****


Terima kasih PMX. YAB Dato Seri Anwar Ibrahim


Terima kasih YB Menteri KPM Fadhlina Sidek


Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia




KEH KEH KEH



Arif Kadir Al Katami


 Hai YBM Fadhlina Sidek, kami ni pro bono tau. Kbai.




TUNGGU ULASAN JUMAAT INI

 


NOHHH.... HAMBIK


Shahbudin Husin


 Maka terkedulah semua penyokong PKR dan ceplos2 kerajaan yang selama ini selalu perlekeh Hishammuddin 🤣🤣🤣




MASUK PUN TAK UNTUNGKAN UMNO.CAM IKMAL YANG ADA DALAM UMNO. PELINGKUP PARTI SAJA.

 


Malaysiastories


Isham Jalil Tegaskan Tidak Akan Kembali ke UMNO Selagi Terlibat Kerjasama DAP





Isham Jalil, menegaskan beliau tidak akan kembali menyertai UMNO selagi parti itu diterajui individu yang disebut sebagai “UMDAP” atau bekerjasama dengan DAP.


Dalam kenyataan terbukanya,, Isham berkata, keputusan itu adalah tegas dan konsisten dengan pendirian beliau sebelum ini. Beliau turut mendedahkan bahawa ramai ahli UMNO sejati turut tidak bersetuju dengan kerjasama UMNO-DAP, dan beliau sendiri tidak tertarik untuk kembali ke parti dalam situasi itu.


“Siapa yang suka dengan kerjasama dengan DAP teruskan sajalah, saya tegur pun tak guna, tapi jangan ajak saya,” tegas Isham.


Isham, yang pernah memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO, menekankan bahawa pendirian ini bukan kerana permusuhan peribadi, tetapi atas prinsip dan kesetiaan kepada ahli UMNO yang menolak kerjasama dengan DAP.